Thursday, July 9, 2015

Nazrey Johani - Nostalgia Memori The Zikr

Tajuk :Nostalgia Memori The Zikr 
Artis :Nazrey Johani 
Tahun :2008 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Secerah Pawana 
Lirik :Pahrol Md Juoi 
Lagu :Nazrey Johani 

Harapan PadaMu Subur Kembali 
Lirik :Copyright Control 
Lagu :Nazrey johani 

Tak Seindah Sentuhan Mata 
Lirik :Pahrol Md Juoi 
Lagu :Nazrey Johani 

Perantau 
Lirik / Lagu :Nazrey Johani 

Antara Dua Cinta
Lirik :Pahrol Md Juoi 
Lagu :Nazrey Johani 

Isteri Solehah 
Lirik :Zairi Ahmad 
Lagu :Nazrey Johani 

Wahai Kaum Muslimin 
Lirik / Lagu :Nazrey Johani 

Wahai Kekasih 
Lirik :Fairuz Zainal 
Lagu :Nazrey Johani 

Mengemis Kasih 
Lirik :Pahrol Md Juoi 
Lagu :Nazrey Johani 

Air Mata Keinsafan 
Lirik / Lagu :Nazrey Johani 

Kualiti album :*****5 bintang 

Cover Album: 

Sungguh unik & klasik dengan latar belakang keseluruhannya berwarna coklat bila melihatnya kerana album ini menggamit nostalgia buatnya (Nazrey Johani) sendiri menceburi dunia nasyid suatu ketika dulu dengan nama kumpulan mereka iaitu The Zikr sejak tahun 90-an lagi, beliau juga sebenarnya merupakan vokalis dalam kumplan ini sebelum mereka ini menggelarkan nama Raihan pada tahun 1997. Konsep muzik yang digunakan dalam album ini keseluruhannya lebih kepada alat perkusi, tidak terkecuali ucapan dari beliau buat semua yang terlibat dalam menjayakan album tersebut juga ucapan peribadi buat insan-insan yang tersayang tidak dilupakan.

Kualiti Lagu: 

Secerah Pawana *****5 bintang 
Harapan PadaMu Subur Kembali *****5 bintang 
Tak Seindah Sentuhan Mata *****5 bintang 
Perantau *****5 bintang 
Antara Dua Cinta *****5 bintang 
Isteri Solehah *****5 bintang 
Wahai Kaum Muslimin *****5 bintang 
Wahai Kekasih *****5 bintang 
Mengemis Kasih *****5 bintang 
Air Mata keinsafan *****5 bintang 


Secerah Pawana: 

Lagu yang menceritakan tentang impian kita yang inginkan keindahan dalam kehidupan tanpa ada rasa dengki & sebagainya, dari segi muzik pula pada mulanya slow, kemudiannya masuk yang tengah hingga akhir jadi rancak tetapi sangat best.

Harapan PadaMu Subur Kembali: 

Lagu ini mengisahkan tentang seorang hamba yang ingin bertaubat kepadaNya kerana dosa-dosanya yang lalu, dari segi muziknya slow tetapi dapat dihayati dengan baik sekali. 

Tak Seindah Sentuhan Mata: 

Lagu ini menceritakan tentang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran, walau ujian yang melanda tetap ditempuh jua akhinya. Dari segi muziknya agak rancak & tetap dihayati dengan baik. 

Perantau: 

Lagu ini mengisahkan tentang pejuang yang sedang bermusafir demi menegakkan kebenaran, sanggup tinggalkan keluarga untuk berjuang di jalan yang benar, dari segi muziknya pula ditahap yang sederhana tetapi best & lagu ini sebenarnya beliau berkolebrasi dengan kumpulan Far East, Salleh Brothers & Azahari Nowseeheart dalam album ini. 

Antara Dua Cinta: 

Lagu ini mengisahkan tentang antara cinta dunia & cinta akhirat, dari segi muziknya juga masih ditahap sederhana & dapat dihayati dengan baik.

Isteri Solehah: 

Lagu ini khas buat wanita yang bergelar isteri yang setia menemani suaminya dikala suka duka ketika bersama mengharingi alam rumahtangga. Dari segi muziknya masih ditahap sederhana & dapat dihayati bersama & lagu ini beliau berkolebrasi dengan saudara Azahari Nowseeheart. 

Wahai Kaum Muslimin: 

Lagu ini mengajak kita semua untuk mencontohi para Rasul & sahabat ddalam berukhwah tanpa ada permusuhan terutama umat islam dimasa kini. Dari segi muziknya agak rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Wahai kekasih: 

Lagu yang mengisahkan tentang Rasulullah yang tabah mengharungi perjuangan demi menegakkan agama islam dengan sebaiknya, dari segi muziknya pula agak slow tetapi sungguh syahdu bila mendengarnya. 

Mengemis Kasih:

Lagu ini beliau berkolebrasi dengan kumpulan Far East, mengisahkan tentang hamba yang mengarapkan kasih Ilahi & berdoa agar dosa-dosanya di ampunkan olehNya, dari segi muziknya pula slow tetapi penuh dengan penghayatan. 

Air Mata keinsafan: 

Lagu ini beliau berkolebrasi dengan saudara Salleh Salleh Brothers, mengisahkan tentang seorang hamba merintih serta mengadu kepadaNya di tengah malam agar taubatnya diterima kelak. Dari segi muziknya agak slow tetapi penuh penghayatan.

Ucapan: 

Semoga beliau dapat meneruskan perjuangan ini dengan sebaiknya InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment