Monday, July 27, 2015

UNIC - Satu Tekad

Tajuk: Satu Tekad 
Artis: UNIC 
Tahun: 2005 
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat cantik dengan warna yang agak terang digunakan dalam album ini, album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV Karaoke. Keseluruhan muzik yang digunakan dalam album ini berkonsepkan R&B serta mendapat sambutan yang hangat buat peminat2 nasyid pada ketika itu. Ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik yang sangat kemas turut berada dalam album ini. Vokal keseluruhan dalam kesemua lagu yang dinyanyikan tersangatlah mantap semuanya. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 




Satu Tekad 
Lagu/Lirik: Mustakim & Putra Aiman 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan impian & harapan untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang & terbilang suatu masa nanti terutama buat para remaja khususnya serta menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang terbaik buat umatnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Insan Bernama Kekasih 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Frizdan & Manis Alia 

Lagu ini berkenaan dengan cinta sebenarnya yang mana seorang hamba ingin merisik khabar kepada seseorang yang ingin dijadikan sebagai teman hidupnya, berakhirnya dengan satu lafaz pernikahan maka cinta yang dimpikan berkekalan hingga ke akhirnya. Dari segi muziknya berentak slow tetapi sangat best. 

Balqis 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Alif Lam Ra 

Lagu ini berkenaan dengan kisah seorang raja yang bernama Balqis, dahulunya dia menyembah matahari, pada peringkat awalnya serta pengikutnya terlalu sombong dengan kemewahan yang dimiliki selama ini & tidak mahu ikut ajaran Nabi Sulaiman A.S. Akhirnya dia tinggalkan semuanya serta akur dengan semua ini dengan memeluk agama islam. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.  
Cahaya Cinta 
Lagu: Hafiz 
Lirik: Hafiz & Frizdan 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan meluahkan rasa kecintaan serta kerinduan terhadapnya, sangat menyentuh bila dengar lagu ini sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Bisikan Malam 
Lagu: Mustakin & Putra Aiman 
Lirik: Puta Aiman & Frizdan 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang bermunajat kepada Allah swt diwaktu malam apabila mengenang dosa2 yang dilakukan selama ini dengan memohon keampunan kepadaNya. Pada permulaan lagu ini diselitkan dengan satu doa. Dari segi muziknya berentak slow & sangat menyentuh. 

Sekolahku 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Sya, Alif Lam Ra & Frizdan 

Lagu ini berkenaan dengan kenangan di alam persekolahan yang mana mengimbau suka duka bersama dalam mengharungi cabaran bersama dengan rakan2 & guru2, apabila mendengar lagu ini pastinya menjadi ubat rindu buat semua yang mendengarnya & lagu ini juga adalah lagu kesinambungan dalam telemovie See You DI IPT sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat2 best. 

Antara Dua Kasih 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Alif Lam Ra 

Lagu ini berkenaan dengan kasih kita kepada Allah & Rasulnya, janganlah ada rasa benci kerana susah atau senang pastinya kita meminta pertolongan dariNya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Muhammad Ya Nabiyina 
Lagu: Copyright Control & Putra Aiman 
Lirik: Copyright Control, Putra Aiman & Ariffin 

Lagu ini berkenaan dengan kisah kehidupan Rasulullah saw dalam menempuhi cabaran selaqma hayatnya, berbagai rintangan serta dugaan yang dilaluinya biar pun dirinya dicerca & dihina. Lagu ini juga diselitkan dengan selawat ke atas baginda juga mempunyai 2 bahasa iaitu melayu & arab. Dari segi muziknya berentak rancak & berunsurkan padang pasir serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Erti Syukur 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Lukhman S 

Lagu ini berkenaan dengan rasa syukur atas nikmat pemberian yang tak terhingga, janganlah kita lupakan dengan apa yang dimiliki, bila semuanya tiada barulah rasa menyesal kerana nikmat yang diberikan tak digunakan dengan sebaiknya. Uniknya lagu ini diselitkan dengan rap yang di suarakan oleh saudara Razin dari kumpulan Mestica. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 

Simfoni Hadhari 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan tautan ukhwah & nilai keislaman yang patut di ikuti bersama dalam kehidupan seharian, sentiasa bersatu bagi memntapkan lagi jalinan ukhwah yang disatukan selama ini dengan keimanan serta ketaqwaan. ZDari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ucapan:

Tahniah di ucapan atas penerbitan album ini, semoga dapat meneruskan perjuangan dalam menyebarkan dakwah melalui nasyid hingga ke akhirnya InsyaAllah. 

.

0 comments:

Post a Comment