Saturday, July 11, 2015

Firast - Qudus KasihMu

Tajuk: Qudus KasihMu 
Artis: Firast 
Tahun: 2012 
Kandungan Lagu Dalam CD: 5 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna pada cover album ini sangatlah cantik & latar belakangnya pun cantik juga kerana dihiasi dengan pemandangan alam semesta yang sangat nyaman. Keseluruhan lirik2 lagu sangatlah kemas walau pun tak ikut track list dalam album ini. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Qudus KasihMu 
Lagu/Lirik: Ustaz Manis 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan pengharapan kasih dariNya, juga mengharapkan agar di ampunkan dosa2nya yang lalu, sungguh tersentuh sebenarnya dengan lagu ini. Dari segi muziknya berentak slow tetapi penghayatan penuh bermakna.

Sollu 'Ala Khairil 'Ibad 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu yang berbahasa arab & lagu ini sebenarnya lagu lama yang penah dinyanyikan oleh kumpulan Lambaian Kasih pada tahun 1997. Alhamdulillah, lagu ini telah pun diberi nafas baru oleh mereka dalam album ini & mereka berkolebrasi dengan adik Munir (Peserta Adik2ku Musim yang ke 2). Dari segi muziknya agak rancak dengan alat perkusi yang dimainkan. 

Epilog Perjuangan 
Lagu/Lirik: Ustaz Manis  

Lagu ini sebenarnya berkenaan dengan apa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya, Kedamaian yang dicari akhirnya tercapai jua demi mempertahankan maruah, agama, bangsa & negara, lagu ini mereka berkolebrasi dengan pencipta lgu & penulis lirik lagu ini sendiri iaitu Ustaz Manis. Dari segi muziknya berentak slow serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Seloka Budi 
Lagu/Lirik: Ustaz Manis 

Lagu ini berunsurkan pantun nasihat sebenarnya & penuh bertenaga dari segi vokalnya. Dari segi muziknya berkonsepkan joget & sangat menghiburkan. 

Sayangi Keluarga 
Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Ustaz Pahrol Md. Juoi 

Lagu ini sangat sesuai kerana liriknya bertemakan kasih sayang sesama keluarga tercinta walau pun berjauhan dengan mereka, sentiasa menghormati mereka selagi masih ada didunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & ditambah pula dengan alat perkusi serta mereka berkolebrasi dengan pencipta lagu ini sendiri iaitu saudara Fadzli dari kumpulan Far East. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua & semoga dapat meneruskan perjuangan ini dengan sebaiknya InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment