Friday, July 31, 2015

Inteam - Impian Kasih

Tajuk: Impian Kasih 
Artis: Inteam 
Tahun: 2001 
Kandungan Lagu Dalam CD: 13 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat cantik walau pun seluruh latar belakangnya saja hanya satu warna yang digunakan iaitu warna biru & warna pakaian yang di gunakan dalam album ini sangat padan serta naik sei dengan warna kuning. Ucapan penghargaan buat semua, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan juga nama2 yang teerlibat dalam menjayakan album ini, susunan lirik yang terlalu kemas mengikut track turus berada dalam album ini. Dari segi vokal kesemua ahli kumpulan ini semuanya mantap & sangat terbaik. Album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke.  

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 Bintang 



Narration I 

Pembukaan yang sanagt bagus sebelum memulakan lagu & diselitkan dengan alunan selawat sebagai latar belakang. 

Impian Kasih 
Lagu: Isman Isam 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini adalah kesinambungan dari lagu Kasih Kekasih yang dimuatkan dalam album pertama mereka, mengisahkan berkenaan dengan cinta sesama manusia yang mana wanita adalah perhiasan dunia sepertimana indah seorang wanita yang solehah & membahagiakan syurga didunia ini bersama dengan pilihan hatinya suatu masa nanti, jika itulah jodohnya maka dekatkanlah & satukan hati mereka, jika tidak maka pasrah serta redha akan ketentuanNya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best. 

Selawat Junjungan 
Lagu/Lirik: Munif Ahmad 

Sebuah lagu yang berentak selawat yang mana kita dikehendaki untuk berselawat ke atas baginda nabi Muhammad saw & sangat tersentuh bila dengarkan isi2 lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Lilin Seorang Guru 
Lagu/Lirik: Cikgu Khairul, Mie Inteam & Munif Ahmad 

Lagu ini ditujukan khas buat semua insan yang bergelar guru kerana segala jasa & pengorbanan mereka mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna suatu masa nanti, janganlah kita melupakannya serta sentiasa mengingatinya sampai bila2. Dari segi muziknya berentak slow & sangat tersentuh bila mendengarkannya. 

Selamatkan Dunia 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan kedamaian juga keamanan yang dicari selama ini untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dengan peperangan & sebagainya, kita seharusnya membantu pada yang memerlukan agar mereka mendapat kebahagiaan yang sepatutnya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Narration II 

Puisi yang patut di ambil sebagai pengajaran dalam kehidupan & juga diselitkan dengan alunan selawat sebagai suara latar. 

Jangan Sia-Siakan 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Lagu ini mengingatkan kita agar jangan mempersiakan hidup ini dengan perbuatan yang membuang masa tanpa membuat apa2 kerana semua itu takkan kekal lama, sebaiknya buatlah amal kebajikan seperti membantu golongan yang memerlukan & sebagainya. Lagu ini sebenarnya lagu lama yang berirama padang pasir & tak pasti siapa penyanyi asalnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & cukup bermakna bila dihayati dengan baik. 

Insan Taqwa 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Lagu ini mengingatkan kita bahawa hidup ini hanya sementara, kita tak boleh nak lari dari segala kesilapan yang dilakukan & hendaklah memohon keampunan kepadaNya. orang yang bertaqwa kepadaNya pastinya Allah menjanjikan syurga di akhirat sana. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Tuhan Yang Esa 
Lagu/Lirik: Munif Ahmad 

Lagu ini berkenaan dengan nikmat dunia yang kita kecapi pada hari ini, sentiasa hadapi berbagai ujian yang melanda & memohon keampunan kepadaNya agar di ampunkan segala dosa2 yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow & penghayatannya sangat bermakna. 

The Messenger Of Allah 
Lagu: Farihin Abd. Fatah
Lirik: Sakinah Thomas 

Sebuah lagu lama yang sebelum ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 1994, kemudiannya lagu ini buat kali ke 2 dinyanyikan oleh saudara Imad dalam album pertama beliau pada tahun 1998 & tahun 2001 kumpulan Inteam membawakannya semula dengan nafas yang baru. Lagu ini dalam bahasa inggeris & sangat best bila dihayati dengan sebaiknya. Dari segi muziknya pula diselang selikan dengan rentak sederhana & rancak. 

Hembusan Kasturi 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Sebuah lagu yang mengingatkan kita kepada keinsafan bahawa semua yang ada didunia ini ciptaan Allah swt & bersifat sementara, sangat bermakna jika dihayati dengan sebaiknya. Dari segi muziknya berentak slow. 

Narration III 

Sebuah narration yang terakhir dalam album ini & sangat menyentuh kisah yang dibacakan dalam bentuk puisi & juga diselitkan dengan alunan selawat sebagai suara latar. Untuk pengetahuan semua narration yang terkandung dalam album ini dibacakan oleh Ustaz Dini Juri. 

Rabiatul Adawiyah 
Lagu: Munif Ahmad 
Lirik: Abdul Kahar 

Lagu ini berkenaan dengan seorang wanita yang tabah dalam mengharungi cabaran walau pun hidup dalam kemiskinan, tetapi dia mampu & berjaya mempertahankan demi agamanya. Sama2lah kita mengambil iktibar dalam mesej yang disampaikan dalam lagu ini dengan sebaiknya. Dari segi muziknya berentak slow. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua atas penerbitan album ini dengan jaya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. 

0 comments:

Post a Comment