Thursday, July 9, 2015

R-IF - Percayalah

Tajuk :Percayalah 
Artis :R-IF 
Tahun :2010 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Sepi Cinta 
Lirik / Lagu :Hafiz Hamidun 

Percahayalah 
Lirik / Lagu :Amar 

Oh Mama 
Lirik / Lagu :Ustaz Khairul Napisham 

Praise Allah 
Lirik / Lagu :Ustaz Khairul Napisham 

Bicara Cinta 
Lirik / Lagu :Halim Ahmad 

Pesona Dunia 
Lirik :Suhaimi Saad & Abg-Long 
Lagu :Suhaimi Saad 

Satu Ummah 
Lirik / Lagu :Ahmad Fadzli Bakar (Far East) 

Indahnya Dunia 
Lirik / Lagu :Abg-Long 

Inspirasi Cinta 
Lirik / Lagu :Ustaz Khairul Napisham 

Ku Sesali Segalanya 
Lirik / Lagu :Abg-Long 

Insan Terulung 
Lirik :Abg-Long & Amar 
Lagu Abg-Long 

Kualiti Album :*****5 Bintang 

Cover Album: 

Latar belakang album ini berwarna putih susu (krim), disamping itu ada gambar mereka bertiga pada setiap muka lirik tersebut & ditambah dengan ucapan-ucapan dari mereka kepada semua yang terlibat, pihak media serta ucapan peribad tidak terkecuali ditujukan buat insan-insan yang tersayang. 

Kualiti Lagu:

Sepi Cinta *****5 Bintang 
Percayalah *****5 Bintang 
Oh Mama *****5 Bintang 
Praise Allah *****5 Bintang 
Bicara Cinta *****5 Bintang 
Pesona Dunia *****5 Bintang 
Satu Ummah *****5 Bintang 
Indahnya Dunia *****5 Bintang 
Inspirasi Cinta *****5 Bintang 
Ku Sesali Segalanya *****5 Bintang 
Insan Terulung *****5 Bintang 




Sepi Cinta: 

Lagu, lirik & susunan oleh saudara Hafiz Hamidun ini menceritakan tentang cinta yang tak kesampaian, namun tetap setia menunggu walaupun dia jauh darinya, dari segi muziknya slow tetapi sangat best.

Percayalah: 

Lagu ini menceritakan tentang kepercayaan kita kepada Allah swt kerana dialah Tuhan yang mencipta segala-galanya & kita hendaklah mengigatiNya setiap masa, dari segi muziknya pula ditahap sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Oh Mama: 

Lagu ini khas untuk para-para ibu yang setia menjaga kita semua sejak dilahirkan lagi, jadi hargailah jasa serta pengorbanannya selama ini. dari segi muziknya masih ditahap sederhana tetapi sangat menyentuh bila difahami pada lirik tersebut. 

Praise Allah:

Lagu ini menceritakan tentang kebesaran Allah swt yang telah menciptakan alam serta makhluk dimuka bumi ini, sentiasa memujiNya setiap masa. Lagu ini dalam English, dari segi muziknya slow tetapi dapat dihayati dengan baik.

Bicara Cinta: 

Lagu yang mengisahkan tenang luahan seorang hamba dalam mencari cinta, akan tetapi berbagai ujian yang mendatang padanya & akhirnya dia akur dengan apa yang berlaku ke atasnya. dari segi muziknya agak rancak tetapi sangatlah best. 

Pesona Dunia:

Mengisahkan tentang kehidupan yang didunia yang penuh dengan onak duri yang berliku, dunia ini hanya sementara semata & seharusnya kita patut bersyukur dengan apa yang ada dimuka bumi ini. Dari segi muziknya pula dipertengahan antara slow & rancak tetapi best. 

Satu Ummah:

Lagu & lirik hasil Ciptaan Fadzli Far East, dalam masa yang sama beliau juga turut berkolebrasi dengan mereka dalam lagu ini, menceritakan tentang umat manusia di atas muka bumi ini, dari segi muziknya agak rancak, ditambah pula dengan rentak padang pasir serta ala-ala arab. 

Indahnya Dunia:

Lagu yang menceiakan hidup kita apabila melihat kebesaranNya yang sungguh luas terbentang, dari segi muziknya sangatlah rancak serta sangatlah best bila dihayati dengan baik. 

Inspirasi Cinta:

Lagu ini sesuai buat lelaki yang bergelar suami & ditujukan untuk isterinya yang tercinta. Dari segi muziknya agak slow tetapi sungguh mengasyikkan. 

Ku Sesali Segalanya: 

Lagu yang menceritakan tentang seorang hamba yang ingin mencari jalan pulang setelah menyesal di atas dosa-dosanya yang lalu, dari segi muziknya pula dipertengahan antara rancak & slow, apabila dihayati sungguh meninsafkan. 

Insan Terulung: 

Lag ini mereka berkolebrasi dengan Amar, menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW sebagai insan yang patut di contohi pada umat islam pada masa kini, dari segi muziknya ada unsur dangdut & rancak tetai sangatlah best. 

Ucapan:

Seting-tinggi ucapan tahniah buat semua setelah 5 tahun berada dalal industri nasyid & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment