Friday, July 10, 2015

Devotees - Azam Ramadhan

Tajuk: Azam Ramadhan 
Artis: Devotees 
Lagi/Lirik: Halim Ahmad 
Tahun: 2015 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Kalau sebelum ini mereka pernah menerbitkan satu lagu tema Ramadhan yang berjudul Rindu Ramadhan pada tahun 2011, kini, sekali lagi mereka telah pun berjaya menghasilkan satu single terbaru juga bertemakan Ramadhan yang berjudul "Azam Ramadhan". 


Alhamdulillah, hasil dari lagu tersebut mereka telah pun berjaya merakamkan video clip official tersebut & telah pun dilancarkan baru2 ini di youtube pada 18 Jun 2015M bersamaan dengan 1 Ramadhan 1436H hari Khamis jam 12:00 tengahari. Video ini mungkin akan mencecah beribu mahu pun berjuta yang menontonnya kerana lagu ini masih lagi baru.

Dari segi lirik tersangatlah terbaik kerana ia menceritakan berkenaan dengan azam kita untuk Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya & tahniah di ucapkan.

Dari segi muzik & lagu sangatlah mantap, ia sesuai dengan melodi yang disampaikan dengan bunyi yang begitu terbaik sekali tanpa ada lari tempo sekali pun. 

Vokal suara semuanya hebat2, apabila dengar balik memang tak boleh nak bayangkan sebenarnya, tahniah buat semuanya.

Ucapan: 

Teruskan perjuangan anda semua hingga ke akhirnya dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid.

0 comments:

Post a Comment