Thursday, July 9, 2015

Azhar Hilmi - Masyarakatku

Tajuk: Masyarakatku 
Artis: Azhar Hilmi 
Tahun: 2014 
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album: 

Cover yang sangat simple dengan adanya beliau dimuka hadapan, tulisan yang berwarna biru menyerikan lagi dengan latar belakang yang berwarna putih itu. Ucapan penghargaan buat insan yang tersayang juga disebalik tabir pada yang terlibat tak terkecuali ada dalam album ini. Konsep album ini keseluruhannya mengenengahkan berkenaan dengan kehidupan manusia dimuka bumi ini & konsep muzik pula lebih kepada band serta sangat simple. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 


Masyarakatku
Lagu: Nazri Alias
Lirik: Nasaie Nawawi 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan keamanan & keharmonian dalam bermasyarakat, tak kita dimana jua serta tak kira warna kulit & inilah yang kita impikan dalam kehidupan didunia ini agar kasih sayang yang terjalin takkan pudar sampai bila2. Dar segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya..... 

Kalau Dunia Ingin Aman 
Lagu : Kamarul Borhan 
Lirik: Nasaie Nawawi 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan apa yang terjadi dengan manusia di akhir zaman ini terutamanya rakyat yang terus ditindas dengan begitu zalim sekali, sifat pemurah & kebaikan sepatutnya pelu ada pada pemimpin atau ulama' dimasa kini agar rakyat boleh ikut contoh2 tersebut. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & jalan cerita yang sangat bagus. 

Tujuanku
Lagu/Lirik: Azhar Hilmi 

Lagu yang membei cabaran buat kita semua berkenaan dengan tujuan yang ingin kita lakukan dalam kehidupan didunia ini, namun ujian yang mendatang menjadi sedikit penghalang untuk kita berbuat baik kepadaNya & meninggalkan larangannya. Dari segi muziknya agak rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya.  

Nikmat Iman 
Lagu/Lirik: Azhar Hilmi 

Lagu yang mengisahkan tentang kehidupan yang penuh pancaroba & banyak cabaran yang harus dilalui, nikmat yang kita kecapi hari ini perlulah dikongsi bersama serta digunakan dengan penuh bermanfaat, jika tidak pastinya akan binasa akhirnya. Dar segi muziknya pula agak slow & banyak pengajaran yang boleh kita amib. 

Ummi 
Lagu/Lirik: Azhar Hilmi 

Lagu yang mengisahkan seorang wanita yang bergelar ibu yang begitu banyak pengorbanannya untuk membesarkan kita sejak dari kecil lagi. Dari segi muziknya pula agak rancak.

Your Best Caliph 
Lagu: Kamarul Borhan 
Lirik: Nasaie Nawawi 

Sebuah lagu yang berbahasa Inggeris & mempunyai maksud yang tersendiri. Dari segi muziknya terlalu rancak & sangat best. 

Segalanya Untukmu
Lagu/Lirik: Bazli UNIC 

Sebuah lagu ditujukan khas buat seorang ibu yang telah membesarkan kita selama ini, Hargailah jasa & pengorbanannya selama ini. Dar segi muziknya agak slow & banyak penghayatan dalam lagu tersebut. 

Kalau Dunia Ingin Aman (Piano Version) 

Versi ini juga terdapat dalam album ini & sangat sesuai kalau sesiapa yang ingin menyanyikan semula. 

Masyarakatku (Minus One) & Kalau Dunia Ingin Aman (Minus One)

Versi minus one lagu2 ini turut terkandung dalam album tersebut & ia sangat memudahkan bagi yang ingin menyanyikannya semula. 

Ucapan: 

Semoga dapat meneruskan perjuangan dalam dunia nasyid & cadangan yang diberikan agar album yang seterusnya dapat menjanjikan yang lebih baik lagi InsyaAllah....

0 comments:

Post a Comment