Monday, August 3, 2015

Inteam - In-Team '04


Tajuk: In-Team '04 
Artis: Inteam 
Tahun: 2004 
Kandungan Lagu Dalam Cd: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat cantik dengan warna yang sangat menyegarkan iaitu warna hijau terang di bahagian ucapan & muka hadapan album tersebut, warna tulisan tajuk album digunakan dengan warna gold yang sangat cantik, di bahagian lirik pula menggunakan warna hijau kekuningan. Ucapan penghargaan buat semua juga ucapan dari setiap ahli kumpulan ini tidak terkecuali, susunan lirik yang sangat kemas & nama2 yang telah menjayakan album ini turut disertakan sekali. Dari segi vokal kesemua ahli sememangnya mantap & album terdapat dalam bentuk CD audio, kaset serta MTV karaoke. Uniknya album ini kerana adanya simbol '04 bermaksud 4 orang anak muda, diterbitkan pada tahun 2004 & juga pada ketika itu mereka berusia 24 tahun. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Setanggi Syurga 
Lagu: Manis Helma
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini sebenarnya ditujukan buat Rasulullah saw yang mana setiap kata2 yang dilafazkan pastinya menjanjikan syurga disana nanti, terasa rindu padanya memang takkan terucap dengan kata2. Dari segi muziknya berentak slow & rancak serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Kasihku Abadi 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik Lokhman S 

Lagu ini berkenaan dengan cinta sesama manusia yang mana setiap pasangan pastinya ingin membina mahligai kebahagian suatu masa nanti & berharap agar impian ini termakbul jua akhirnya. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best sebenarnya. 

Az-Ziarah 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu dalam bahasa arab yang mana menceritakan berkenaan dengan ziarah ke tanah suci. Lagu ini sebenarnya lagu lama yang mana artis asalnya pernah menyanyikannya iaitu Habib Asasi Dari Tunisia. Dari segi muziknya tersangat rancak & berirama padang pasir. 

Doa Seorang Kekasih 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Lagu ini juga berkenaan dengan cinta sesama manusia yang mana mengharapkan agar cinta selepas nikah akan hadir dalam diri pasangan tersebut, jika itulah jodohnya maka satukanlah hati2 ini & jika tidak maka damaikanlah ia dengan kebaikan. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Bicara Kata 
Lagu/Lirik: Abai Os  

Lagu ini berkenaan dengan kata2 yang disampaikan, jika benar apa yang di sampaikan maka adanya kepercayaan, jika tidak maka hilangnya kepercayaan, sebagai peringatan serta pengajaran maka berhati2lah dalam setiap apa yang dikatakan itu. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat berguna pada semua. 

Kalimah Cinta 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini sebenarnya pernah dimuatkan dalam album Kompilasi 16 Lagu Terbaik juga bertajuk Kalimah Cinta pada tahun yang sama 2004. Lagu ini berkenaan dengan cinta kita sesama manusia yang mana kita hendaklah saling menyangi antara satu dengan yang lain, hidup tanpa adanya cinta pasti akan sepi sebenarnya & mengundang kesengsaraan dalam kehidupan juga berlakunya persengketaan dalam diri ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ku Serah Cinta 
Lagu: Manis Helma  
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt yang mana kita hendaklah menyerahkan segala ketentuan yang ditetapkan olehNya, kita mula sedar bahawa cinta sesama manusia takkan kekal lama didunia ini. Lagu ini sebenarnya sebuah lagu lama yang  mana asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 90-an lagi. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best.  

Qudwah Hasanah 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Frizdan 

Intro permulaan lagu ini dimulakan dengan qasidah juga tak tersecuali sekali lagi qasidah diselitkan di bahagian pertengahan lagu tersebut. Lagu ini berentak selawat yang mana kita dikehendaki untuk berselwat ke junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dari segi muzinya berentak rancak & sangat menyentuh sebenarnya. 

KeredhannMu 
Lagu/Lirik: IniAmin & Zamre Khan 

Sebah lirik lagu juga coposer hasil ciptaan salah seorang ahli kumpulan ini tersangatlah menyentuh kerana mengisahkan berkenaan dengan rintihan kepadaNya agar di ampunkan dosa2nya yang lalu serta memohon keredhaan dariNya,  dalam lagu ini diselitkan dengan doa. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Halimatus Saadiah 
Lagu: Manis Helma  
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi  

Lagu ini berkenaan dengan wanita yang tabah mengharungi cabaran dalam kehidupan, juga merupakan ibu susu kepada Nabi Muhammad saw ketika baginda masih kecil. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ucapan:

Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan sebaiknya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment