Thursday, July 9, 2015

Al-Anwar - Senandung Kesyukuran

Tajuk: Senandung Kesyukuran 
Artis: Al-Anwar 
Tahun: 1996 
Kandungan Lagu: 8 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna pada kulit album yang digunakan hanya 3 saja iaitu merah, putih & hitam, boleh dikatakan kulit album ini sangat klasik. Ucapan penghargaan pada yang tersayang, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga kekemasan liik2 turut ada dalam album ini. Keseluruhan muzik yang digunakan dalam album ini ialah alat perkusi.

Pengenalan: 

Kumpulan Al-Anwar merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan ini ditubuhkan di Darul Quran, JAKIM pada tahun 1995. Kumpulan ini bernaung di bawah label OVA Productions Sdn Bhd. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 


Senandung Kesyukuran
Lagu/Lirik: Mohd Noor 

Lirik lagu yang mengajak kita semua bersyukur atas pemberian nikmat yang dipinjamkan di atas muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Ya Rabbibil Mustafa 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu arab yang seringkali kita hafal, dari segi muziknya sedikit rancak.

Mencari Bahagia 
Lagu: Amir 
Lirik: Nada Murni 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan lumrah kehidupan manusia di muka bumi ini singga ada yang lupa tanggungjawab terhadap Allah swt, lupa asal usul dirinya yang sebenar hingga lalai dengan kesibukan. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Maulaya Solli Wa Sallim 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Lagu ini juga seringkali kita semua hafal, dari segi muziknya berentak rancak. 

Alangkah Indah 
Lagu/Lirik: Ikmal Zaidi 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan keindahan di dunia yang di impikan selama ini dengan berlandaskan syariat Allah, dari segi muziknya berentak sederhana. 

Mukmin Sejati 
Lagu/Lirik: Mohd Farid  

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan seorang mukmin yang di impikan diatas muka bumi ini, mempunyai kecemerlangan dalam diri, tidak terasa gentar dalam mengharungi kehidupan. Dari segi muziknya berentak rancak. 

Sollallah Ala Muhammad 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Selawat ini sesuai di alunkan di mana2 majlis keramaian & sesuai di ajar kepada kanak2 khasnya. Dari segi muziknya agak rancak 

Rindu Akhiat 
Lagu/Lirik: Mohd Zamrus 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan kehidupan akhirat yang di impikan, sentiasa mengingati Allah dalam setiap masa & berjuang dijalan Allah. Dari segi muziknya berentak sederhana.  

Ucapan:

Semoga kumpulan ini dapat kembali dalam industri nasyid InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment