Thursday, October 22, 2015

Hijjaz - Jalan Bahagia

Tajuk: Jalan Bahagia 
Artis: Hijjaz 
Tahun: 2002 
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Sebuah album ke 7 dari Hijjaz terbitan Telaga Biru SDN BHD  ini sangatlah menarik kerana kesemua lagu2 didalamnya sememangnya best. Warna cover album yang sangat cantik di hiasi dengan pemandangan yang sungguh indah, dimuka hadapan ada gambar masjid yang menyerikan lagi album ini. di bahagian belakang pula di hiasi dengan 3 orang dari ahli kumpulan ini & bahagian lirik pula hanya warna putih serta kelabu saja. Ucapan penghargaan buat semua pihak, ucapan penghargaan dari setiap ahli & nama2 yang terlibat dalam menjayakan turut berada dalam album tersebut. Album ini terdapat dalam bentuk CD audio & Kaset.  



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Irama Kasih 

Lagu/Lirik: Kamal Halim 


Sebuah lagu yang sangat rancak dari segi muziknya, lagu ini mengisahkan berkenaan dengan pesanan yang patut kita ambil sebagai pengajaran, bersabar dengan ujian yang diberikan. 



Alam Rohani 

Lagu/Lirik: Kamal Halim 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini & berjanji untuk menjadi hamba yang patuh & taat padaNya, jika terleka maka akan dimurkai di sanan nanti. Dari segi muziknya berentak slow pada permulaannya, sampai ke tengah muzik mula berentak sederhana. 



Dia Kekasih Allah 

Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan Rasulullah SAW yang mana kita semua merinduinya, jadi sebaiknya berselawatlah ke atasnya jika kita mencintainya & dialah kekasih agung juga insan yang sangat sempurna sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & lagu ini sangat tersentuh bila dihayati dengan baik. 



Jalan Bahagia 

Lagu/Lirik: Kamal Halim 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan akhirat yang di impikan, kehidupan didunia ini hendaklah kita gunakan untuk beramal ibadah kepadaNya agar suatu masa nanti kita terselamat di alam sana nanti serta menemui jalan kebahagiaan yang ingin dicapai selama ini. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best sebenarnya.



Permaisuri Hatiku 

Lagu/Lirik: Abai Os  


Lagu ini sangat sesuai dengan pasangan yang telah pun mendirikan rumahtangga, lagu yang berkenaan dengan cinta sesama manusia & sangat romatik sebenarnya apabila si suami menyayangi si isteri serta menggelarkan sebagai permaisuri hatinya selama bersama. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Mesra Desa 

Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini menggambarkan betapa meriahnya apabila berada di kampung terutama pada perantau yang dah lama tak pulang & pasti mengingatinya apabila berjauhan dari keluarga tersayang. Inilah yang seharusnya kita lakukan agar suasana tradisi ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Indah Hidup Bersama Ilahi 

Lagu/Lirik: Asri Ibrahim 


Sebuah lagu lama yang asalnya pernah dipopularkan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu. Lagu ini berkenaan dengan keindahan apabila kita bersama dengan Allah swt dengan beribadah, berzikir kepadaNya setiap masa, menerima segala ujian serta berusaha juga keranaNya selama ini. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Rabbi Sallim Naa 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu arab yang mana liriknya sangat simple. Dari segi muziknya berendat sederhana & rancak. 



Keheningan Malam 

Lagu/Lirik: Abai Os 


Lagu ini berkenaan dengan keindahan di waktu malam & diterangi cahaya bulan yang menerangi alam yang gelap ini, sungguh indah ciptaanNya tak terhingga. Lagu ini berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.



Sumayyah 

Lagu:: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 


Lagu ini tersangatlah popular pada ketika itu di corong2 radio hingga kini masih ada yang mengingati liriknya. Mengisahkan berkenaan dengan seorang wanita yang mahu pertahankan iman bersama dengan keluarganya hingga dirinya dibunuh didunia sementara oleh kaum jahiliyah untuk mendapat syurga di alam sana. Dari segi muziknya berentak sederhana & tersangatlah best bila dihayati dengan sebaiknya. 



Ucapan:



Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya, semoga dapat meneruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment