Thursday, October 22, 2015

Voice Of Men - This Is My War

Tajuk: This Is My War 
Artis: Voice Of Men 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 6 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna latar belakang pada cover album ini sangat padan di kenakan dengan warna hijau gelap & ia menggambarkan seolah mahu pergi berjuang di medan perang. Ucapan penghargaan serta lirik tiada dimuatkan dalam album tersebut, yang ada hanya nama2 yang terlibat dalam menjayakan album serta senarai tajuk2 lagu yang terkandung dalam album ini. 



Pengenalan: 



Kumpulan Voice Of Men ini merupakan sebuah kumpulan yang banyak membawakan lagu2 kemanusiaan & ketuhanan, mereka juga pernah menyertai program realiti TV iaitu Akademi Nasyid bagi musim yang pertama pada tahun 2008. Pada mulanya mereka ingin terbitkan album ini pada tahun 2007 lagi, tetapi di sebabkan banyak halangan yang tak boleh di elakkan maka akhirnya tahun 2015 inilah terhasilnya album sulung yang mereka terbitkan. Konsep muzik yang mereka bawakan iaitu rentak pop, rock & slow serta pemantapan vokal memang tak dinafikan sangat hebat.



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 









This Is My War 

Lagu: Fathul Voice Of Men 
Liik: Ameen Misran & Fathul Voice Of Men 


Sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa inggeris, lagu ini mereka berkolebrasi dengan saudara Ameen Misran. Lagu ini berkenaan dengan peperangan yang berlaku di di atas muka bumi ini, namun tetap meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. 



Laungan Cinta 

Lagu: Fathul Voice Of Men 
Lirik: Voice Of Men 


Lagu ini sangatlah tersentuh kerana ia berkenaan dengan apa yang terjadi di atas muka bumi ini terutama generasi muda zaman sekarang dengan gejala yang tidak sihat seperti membuang bayi & sebagainya. Lagu ini memberi kesedaran pada semua agar dapat  di ambil sebagai pengajaran. Lagu ini juga seringkali dimainkan di corong2 radio & sering mendapat sambutan yang hangat dari penonton yang menonton klip video ini di youtube. 



Women We Love 

Lagu: Fathul Voice Of Men 
Lirik: Lutfi Voice Of Men & Mandy Star 


Satu lagi lagu yang dinyanyikan dalam bahasa inggeris & mereka berkolebrasi dengan Mandy Star. Lagu ini berkenaan dengan wanita yang di sayangi dalam keluarga terutamanya seperti ibu, kakak & adik perempuan. 



Pesan Abah Buat Amina 

Lagu.Lirik: Lutfi Voice Of Men 


Lagu ini sangat tersentuh bila mendengarkannya, ia berekaan dengan pesanan ayah kepada anaknya yang bernama Amina Arissa supaya sentiasa teguh dalam meneruskan perjuangan, hidup berdikari seperti insan lain tanpa mengenal putus asa sekali pun. 



Laungan Cinta (Music Only) & Pesan Abah buatAmina (music Ony 



kedua lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikannya semula dalam versi sendiri. 



Ucapan:



Tahniah di ucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan album ini dengan sebaiknya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment