Thursday, October 22, 2015

Azwan Ibrahim - Munajat Kasih

Tajuk: Munajat Kasih 
Artis: Azwan Ibrahim 
Tahun: 2011
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada cover album ini sangat menarik kerana latar belakangnya di serikan dengan warna kuning keemasan serta seakan coklat, ucapan penghargaan dari beliau buat semua & nama2 yang telah menjayakan album ini tidak terkecuali ada didalamnya. Dalam album ini hanya ada 3 lirik agu sahaja serta semuanya dalam bahasa melayu & susunannya sangat kemas sekali. Dari segi vokal oleh beliau memang tak dinafikan sangat2 mantap bila menyampaikan kesemua agu dalam album ini.  



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 









Ana Al 'Abd 



Sebuah Qasidah yang sangat menyentuh & asalnya dinyanyikan oleh Muhammad Al-Hussayyan. Disamping itu diselitkan dengan maksudnya. 



Syahdu 

Lagu: Mohamad Fairuz Mohd 
Lirik: Syamsul Adan Mahrim 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin bersama dengan Tuhannya suatu masa nanti, lagu ini juga sangat tersentuh sebenarnya & asalnya lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Suara Firdaus pada tahun 90-an lagi. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.   



Zikir: Subhanallah 



Alunan zikir yang seringkali kita alunkan apabila melihat sesuatu yang sangat indah dimuka bumi ini. Dari segi melodinya lain dari yang lain & memudahkan untuk mengikutinya. 



Munajat Kasih 

Lagu: Dakmie 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan hamba yang ingin memohon keampunan dariNya lalu bermunajat ditengah malam yang sunyi. Dari segi muziknya berentak sederhana juga dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Hadith Qudsi 



Sebuah hadith yang disampaikan sangat berguna buat semua & diselitkan dengan alunan zikir sebagai suara latar. 



Rindu Firdausi 

Lagu: Wan Salleh 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan hamba yang rindukan sebuah taman yang indah di alam sana nanti, taman yang di maksudkn itu ialah syurga yang kekal abadi di akhirat nanti. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat berguna pada semua. 



Selawat Syifa' 



Alunan selawat ini juga sangat berguna pada semua & selalulah di amalkan setiap masa & diselitkan dengan maksudnya sekali. 



Sifatulah 



Sifat 20 yang wajib kita ketahui kerana inilah sifat2 Allah yang perlu di ajarkan kepada anak2 yang masih kecil terutamanya melalui lagu. 



Selawat Maulidurrasul 



Alunan selawat ini sesuai di sampaikan ketika berada di mana jua terutama sebagai pembukaan majlis2 yang dihadiri. Dari segi muziknya diselang selikan dengan rentak sederhana & rancak.  



Doa Taubat 



Sebuah doa yang sangat menyentuh & seringkai kita hafal dalam bentuk lagu, uniknya melodi doa ini telah di ubah bagi memberi kelainan dari sebelumnya. 



Doa Khatam Al-Qutan 



Doa ini patut di amalkan selepas selesainya membaca al-quran, dari segi melodinya sangat terbaik. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah berjaya menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment