Thursday, October 22, 2015

Far East - Saat Lafaz Sakinah (Halawatul Iman 2)

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah (Halawatul Iman 2) 
Artis: Far East 
Tahun: 2011 
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada cover album ini sangatlah cantik apabila di gabungkan dengan warna merah sebagai latar belakang di muka hadapan, di bahagian belakang & bahagian lirik menggunakan warna kuning keemasan yang hampai menjadi coklat uniknya gambar mereka dimuka hadapan di jadikan sebagai fram berbentuk love sebagai tanda cinta. Susunan irik yang sangat kemas mengikut track, ucapan penghargaan pada semua & nama2 yang terlibat dalam penerbitan turut disertakan bersama dalam album ini. Dari segi vokal kesemua ahli kumpulan ini sangatlah mantap dengan lenggok taanum yang di bawakan seperti album yang sebelumnya. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Qasidah  

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Qasidah yang di sampaikan oleh Ustaz Mohammad Rozie sangat bermakna buat semua yang mendengarnya. 



‘Ala Baladi 

Lagu/Lirik: Copyright Controlled/Fadzli Far East & Mohammad Rozie 


Sebuah lagu arab yang sebelum ini pernah di popularkan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu, namun lirik pertengahan telah di ubah suai oleh kumpulan ini bagi memberi kelainan dari yang asal. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best. 



Saat Lafaz Sakinah 

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Hazalinda Harun 


Lagu ini tersangatlah menyentuh hati kerana ia berkenaan dengan cinta, selesainya lafaz pernikahan maka cinta yang di miliki kekal hingga ke akhir hayat, segala pesanan amanah yang di sampaikan kepada lelaki yang bernama suami perlu di ikuti bagi membahagiakannya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat berguna pada semua yang telah mendirikan rumahtangga terutamanya. 



Aman 

Lagu: Adnan Abu Hassan 
Lirik: Faris Zailani 


Lagu ini berkenaan dengan impian inginkan kehidupan yang aman di atas muka bumi ini tanpa ada persengketaan, peperangan & sebagainya, Dari segi muziknya berentak sederhana. 



Keunggulan Insan Berteraskan Al-Quran 

Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Ito Lara 


Sebuah laru yang berentak irama padang pasir & sangat best, ia berkenaan dengan kehidupan setiap insan dengan membaca Al-Quran & di situ jugalah menjadi sumber rujukan serta menjadi penawar ketenangan dalam diri ini. Dari segi muziknya berentak sedikit slow namun penghayatannya sangat berkesan bila mendengarnya. 



Syahdu 

Lagu: Mohamad Fairuz Mohd Shaffiar 
Lirik: Shamsul Adlan Mahrin 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin bersama dengan Tuhannya suatu masa nanti, lagu ini juga sangat tersentuh sebenarnya & asalnya lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Suara Firdaus pada tahun

90-an lagi. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 


Mabrur  

Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan rukun islam ke 5 yang wajib di tunaikan oleh umat islam bagi yang berkemampuan, betapa indahnya suasana ketika berada di sana & tak dapat digambarkan semua ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Eksplorasi  

Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang perlu di usahakan demi mencapai kejayaan, tak semudah itu yang kita fikirkan kerana banyak cabaran & halangan yang perlu ditempuhi bersama. ADalam lagu ini mereka berkolebrasi dengan Inteam. Dari segi muziknya berentak slow, di akhirnya menjadi rancak sampai habis lagu ini.  



Safa Marwah 

Lagu: Adnan Abu Hassan 
Lirik: Faris Zailani 


Lagu ini berkenaan dengan kisah Nabi Ismail & ibunya iaitu Siti Hajar sanggup hidup dalam penderitaan, suatu hari Nabi Ismail kehausan lalu Siti Hajar berlari dari Sofa Ke Marwah bagi mendapatkan bekalan air buat anaknya itu, namun dengan izin Allah dari hentakan kaki Nabi ismail maka keluarlah air dari situ & sama2lah kita mengamilnya sebagai teladan bersama. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat tersentuh sebenarnya. 



Asma Al-Husna 

Lagu: Fadzli Far East 
Lirik: Copyright Control 


Lagu ini berkenaan dengan 99 nama Allah yag wajib kita ketahui & mudah di ajar kepada kanak2 khususnya. Uniknya melodi lagu ini telah di ubah suai bagi memberi kelainan dari yang selalu kita nyanyi sebelum ini. 



Maafkan Ibu Tidak Sempurna 

Lagu: Copyright Controlled/ Fadzli Far East 
Lirik: Hazalinda Harun 


Lagu ini sanagtah menyentuh hati bila mendengarnya, ia berkenaan dengan pengharapan seorang ibu yang menantikan kepulangan anaknya, namun sampai sudah tidak kembali sehingga jasadnya tiada, sebaiknya jaganlah kita buat perkara seperti itu kerana ia di kira sebagai anak derhaka terhadap ibunya. Dari segi muziknya berentak sederhana & memberi pengajaran buat semua. 



Ucapan: 



Tahniah buat semuanya kerana telah berjaya menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment