Thursday, October 22, 2015

Izzat Mahadi - GarisanMu

Tajuk: GarisanMu 
Artis: Izzat Mahadi 
Tahun: 2012
Kandungan Lagu Dalam CD: 8 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album:  



Warna pada cover album ini menggunakan warna kelabu sebagai latar belakang, di samping itu warna pakaian yang di kenakan sangat padan dengan latar belakang itu, susunan lirik yang sangat kemas juga tidak terkecuali ucapan penghargaan dari beliau buat semua & nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini turut di seitkan juga. 



Kualiti Keseuruhan Lagu:::: *****5 bintang 








Aku Tanpa CintaMu 

Lagu/Lirik: Mujahid Abdul Wahab 


Lagu ini beeiau pernah nyanyikan ketika menganggotai kumpulan Mirwana & dimuatkan dalam album pertama, kini beliau menyanyikannya secara solo dengan nafas yang baru serta muzik juga yang baru. Ia berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt yang mana kita sering mendambakan cintaNya setiap masa. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



GarisanMu 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang mencari jalan pulang namun tidak ditermui di mana penghujungnya, lantas ia berdoa agar dapat menemuinya semula. Dari segi muziknya juga berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Dari Kejauhan 

Lagu/Lirik: Yasin Sulaiman 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang merindui Tuhannya, dari jauh ia menyebut namaNya lalu merintih agar di ampunkan segala dosanya yang alu. Dari segi muziknya sedikit rancak. 



Bawa Ke Syurga 

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Izzat Mahadi 


Lagu ini berkenaan dengan dunia yang sementara & harta tak boleh di bawa mati, jika ingin ke syurga sentiasalah mengingatiNya selalu. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat berguna pada  semua. 



Sebuah Persinggahan 

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Izzat Mahadi 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan agar dapat menemui apa yang di hajatinya, namun sentiasalah berserah segalanya pada Tuhan kerana kita juga tak mampu berbuat apa tanpa bantuan dariNya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.  



Di Sana Menanti 

Lagu/Lirik: Izzat Mahadi 


Sebuah lagu & lirik hasil ciptaan beliau sangat mendalam, ia berkeaan dengan kemanakah kita akan di masukkan di akhirat nanti, jika banyak amalan baik yang di lakukan maka ke syurgalah kita, jika keburukan yang dilakukan makan ke nerakalah kita jawabnya, jadi berdoalah agar kita semua dapat selamat di alam sana nanti. Dari segi muziknya sangat simple kerana menggunakan piano saja. 



Dalam Redha 

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Hafiz Hamidun & Izzat Mahadi 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan, Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah berjaya menghasilkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment