Thursday, October 22, 2015

Inteam - Nur Insani

Tajuk: Nur Insani 
Artis: Inteam 
Tahun: 2007 
Kandungan Lagu Dalam Album:: 16 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Cover yang sangat cantik & menggunakan 2 warna saja sebagai warna tema album tersebut iaitu kuning serta hitam sebagai latar belakang juga tulisan pada album tersebut. Pakaian yang dikenakan oleh mereka sangat padan dengan latar belakang album itu. Ucapan penghargaan buat semua juga ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan turut berada didalamnya, tak lupa nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini serta susunan lirik yang sangat kemas. Album ini mengenengahkan konsep kehidupan dari lahir hingga saat kematian & menampilkan saudara Hisyam dalam album tersebut. Album ini juga terdapat dalam bentuk CD audio & kaset. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Bacaan Al-Quran, Terjemahan & Hadith 1 



Bacaan ayat suci al-quran dari surah Ali Imran ayat yang ke 133 oleh saudara Hazamin & terjemahan makna serta bacaan Hadith oleh Ustaz Dini Juri. 



Cahaya Mata 

Lagu/Lirik: Inteam & Nada Syahdu 


Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan Nada Syahdu suatu ketika dulu kini diberi nafas baru oleh Inteam. Ia berkenaan dengan kelahiran cahaya mata yang paling berharga buat kita semua, sebagai ibu bapa kita seharusnya mendidik mereka agar menjadi mukmin sejati di masa hadapan kelak mereka dewasa. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan baik. 



Selawat Khairil Bariyah 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Selawat ini sangat pelu untuk kita menghafalnya dalam setiap masa. 



Bacaan Al-Quran & Hadith 



Bacaan ayat suci al-quran oleh saudara Rahim & terjemahan oleh Ustaz Dini Juri. 



Ayah Dan Ibu 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad & kini lagu ini telah diberi nafas baru oleh mereka. Lagu ini sangat tersentuh & kita wajib menghormati ayah serta ibu ketika mereka masih berada di dunia ini. Dari segi muziknya beentak slow. 



Doa Ibu Bapa 



Sebuah doa yang perlu kita amalkan setiap kali lepas solat & mengharapkan agar mereka diberi perlindungan didunia juga akhirat sana. 



Pesanan Imam Syafie 



Pesanan ini dalam bahasa arab & mereka sampaikan dalam bentuk lagu serta ia sangat berguna pada semua.



Guruku 

Lagu: Inteam, Cikgu Hasnol & Nada Syahdu 
Lirik: Inteam & Halim Libya 


Lagu ini di tujukan khas buat semua insan yang bergelar guru & gurulah pengganti ibu bapa ketika kita berada di luar seperti di sekolah, universiti & sebagainya. Kita perlu menghormati mereka sepertimana kita menghormati ibu bapa kita selama ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Sajak: Tipah Tertipu Ujang Terpedaya (Zaman Remaja) 



Sebuah sajak yang bertemakan remaja masa kini yang lalai dengan keduniaan di masa muda.



Putera Puteri 

Lagu/Lirik: Amin Inteam 


Lagu ini ditujukan khas buat golongan remaja agar saling ingat mengingati dalam menempuhi kehidupan pada masa kini, janganlah menggadaikan masa depan & maruahmu dengan perkara yang mendatangkan keburukan & berubahlah ke arah yang lebih baik. Dari segi muziknya berentak sederhana & slow serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Sajak: Utamakan Keluarga 



Sajak ini dibacakan oleh Ustaz Dini Juri kemudiannya diselitkan dengan alunan zikir sebagai suara latar. 



Keluarga Penyayang 

Lagu/Lirik: Fairuz (Suara Firdaus) 


Lagu ini asalnya pernah dipopularkan oleh kumpulan Suara Firdaus pada tahun 90-an & telah pun diberi nafas baru oleh meeka. Ia berkenaan dengan keluarga yang bahagia dalam meniti arus kehidupan, saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain. Dari segi muziknya agak rancak & sangat best sebenarnya. 



Doa Taubat 



Doa ini perlulah di amalkan setiap masa kerana ia sangat berguna buat semua. 



Renungkanlah 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Lagu ini juga sebenarnya lagu lama yang pernah di popularkan oleh Ahmadi Hassan. Lagu ini juga mengajak kita supaya renung kembali apa yang dah kita lakukan didunia ini & bagaimana pula kehidupan di akhirat nanti. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Bacaan Al-Quran, Terjemahan & Hadith 2 



Bacaan ayat suci al-quran dari surah Al-A'raf ayat yang ke 34 beserta maknanya sekali. 



Detik Kematian 

Lagu/Lirik: Frizdan 


Lagu ini berkenaan dengan kematian yang tiada siapa menduga akan tiba masa & waktunya. Jadi bersiap sedialah kita untuk menghadapinya  & tiada siapa yang boleh melarikan diri dari semua ini. Dari segi muziknya berentak slow & sangat memberi pengajaran buat semua. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment