Thursday, October 22, 2015

Mestica - Sendu Sendawa

Tajuk: Sendu Sendawa 
Artis: Mestica 
Tahun: 2004 
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada latar belakang album keseluruhannya menggunakan warna yang agak klasik dari muka hadapan hingga di bahagian lirik. Ucapan penghargaan buat semua juga ucapan dari setiap ahli kumpulan & nama yang terlibat dalam menjayakan album ini turut melengkapkan kesemuanya. Album ini juga terdapat dalam bentu CD audio & kaset. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 









Sendu Sendawa 

Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan kita sesama jiran tetangga, kita hendaklah saling hormat menghormati sesama jiran agar suasana akan menjadi aman sentiasa, sentiasa menghulurkan bantuan pada yang memerlukan bagi meringankan beban mereka. Maksud sendu itu kesedihan yang menimpa dirinya, sendawa pula bermaksud kegembiraan yang terpancar di wajah seseorang. Dari segi muziknya berentak rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya.



Yang Abadi 

Lagu.Lirik: Kamal Halim 


Lagu ini sangat menyentuh jua meninsafkan bagi sesiapa yang mendengarnya. Ia berkenaan pengharapan kepada Tuhan agar di ampunkan segala dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow & sangat berguna pada semua. 



Siratun Nabi 

Lagu/Lirik: Putra Aiman 


Permulaan lagu ini liriknya berbahasa arab, kemudiannya di ikuti dengan bahasa melayu. Lagu ini berkenaan dengan kehidupan Rasulullah & kita dikehendaki untuk berselawat ke atasnya sebanyak yang mingkin walaupun ia sudah tiada. Dari segi muziknya berentak rancak & mudah difahami maksud sebenar. 



Inayah 

Lagu: Manis Helma 
Lirik: Manis Alia 


Lagu ini berkenaan dengan apa yang kita harapkan dari Allah moga Ia perkenankan & dipemudahkan segala urusan, jadi sentiasa berharap juga berusaha agar semuanya tercapai akhirnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Luqmanul Hakim 

Lagu: Abai Os 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang bernama Luqmanul Hakim, seorang pejuang yang mempunyai keperibadian yang sangat tinggi dalam agama juga tak pernah mengalah dalam mengarungi cabaran. Kisah beliau ini juga terkandung dalam al-quran iaitu surah Luqman. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Destinasi Cinta 

Lagu: Abai Os 
Lirik: Frizdan 


Lagu ini berkenaan dengan cinta yang diharapkan oleh semua insan, namun hakikatnya kecewa juga duka yang mendatang kerana cinta yang tak kekal lama, namun kita hendaklah memohon kepadaNya agar diberi kekuatan dalam mencari cinta yang sebenarnya & berharap agar ia kekal buat selamanya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best. 



Egois 

Lagu: Wan Shah 
Lirik: Atie 


Lagu ini berkenaan dengan keegoan yang dimiliki oleh setiap manusia hingga lupa apa yang ada disekelilingnya & tak bersyukur di atas kurnuaanNya. Seeloknya kita janganlah terlalu sombong dengan apa yang ada & bantu pada yang memerlukan dengan hati yang ikhlas. Dari segi muziknya berentak sederhana & rancak. 



Kemarau Hati 

Lagu: Abai Os 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berentak gemersik & sangat sesuai bagi sesiapa yang meminati rentak lagu ini. Berkenaan dengan kehidupan yang sementara & akan pergi buat selamanya, janganlah kita meratapi insan yang telah pergi serta mendoakan kebahagiaannya di alam sana. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat menyentuh sebenarnya. 



Kembali Gemilang 

Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan yang di inginkan agar agama islam kembali dalam kemenangan selepas ditindas oleh musuh yang sanagt kejam & mahu menghancurkan islam dengan berbagai cara. Sama2lah kita doakan agar islam kembali gemilang mengharubgi dunia akhirnya. Dari segi muziknya terangatlah rancak & dapat di hayati dengan sebaiknya. 



Arus Ini 

Lagu/Lirik: Ito Lara 


Lagu ini sangat unik kerana dinyanyikan dalam bahasa dai Kelantan, liriknya dalam bahasa melayu asal. Ia berkenaan dengan arus kehidupan yang perlu kita tempuhi & mengubah nasib diri agar menjadi lebih baik lagi dalam memajukan diri serta orang lain. Dari segi muziknya sangat rancak & sangat best jika dihayati dengan sebaiknya. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah berjaya menerbitkan album ini denga jayanya & teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment