Thursday, October 22, 2015

Inteam - Allahu Rabbi

Tajuk: Allahu Rabbi 
Artis: Inteam 
Tahun: 2009 
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Cover yang sangat cantik kerana latar belakangnya menggambarkan suatu pemandangan yang indah, warna di muka hadapan sangat menarik kerana menggunakan warna terkini, dibahagian dalam pula warna yang agak klasik. Ucapan penghargaan buat semua, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik yang agak kemas sekali telah menyerikan album ini. Uniknya album ini telah menggabungkan kesemua ahli kumpulan & bekas ahli kumpulan ini serta dalam album ini ugalah buat kali pertama mereka bergabung dalam satu album reunited. Album ini juga terdapat dalam bentuk CD audio & MTV karaoke. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 









Allahu Rabbi 

Lagu: Amin Inteam 
Lirik: Zubaralhadid & Amin Inteam 


Sebuah lagu yang sangat unik kerana menggunakan 4 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab & urdu. Lagu ini berkenaan dengan keindahan alam semula jadi yang telah ditetapkan aturannya tanpa salah sikit pun. Dari segi muziknya sangat rancak & sangat best. 



Hamzah Asadullah 

Lagu: Amin Inteam 
Lirik: Alif Lam Ra 


Lagu ini sangat menyentuh bila mendengarkannya, ia mengisahkan seorang pejuang uga sahabat kepada Rasulullah saw yang dibunuh hingga hancur berkecai tubuhnya & telah diratah oleh seorang wanita yang bernama Hindon serta terlalu kejam itu. Namun disebalik ketewasan pejuang itu maka Allah telah menjanjikan syurga buatnya di alam sana. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Hanya Takdir 

Lagu: Syamir Supaat & Azman Kassim 
Lirik: Habsah Hassan 


Lagu ini sebenarnya ditujukan khas untuk umat islam yang berada di Palestin, ia sangat tersentuh bila dihayati dengan betul. Dari segi muziknya berentak slow. 



Dia Muhammad 

Lagu/Lirik: Frizdan 


Lagu ini ditujukan khas buat seorang insan yang sangat kita rindu setelah pemergiannya buat selamanya, dialah Muhammad saw & kita dikehendaki untuk berselawat ke atasnya sebanyak yang mungkin kerana itulah ganjaran yang sangat besar buat semua. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 



Kepastian

Lagu/Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan di alam sana nanti, kita tak pasti dimanakah yang selayaknya kita berada sama ada di syurga atau neraka, jika banyak amalan kebaikan yang di buat maka syurgalah tempatnya, jika banyak amalan buruk yang di lakukan maka neraka la jawabnya kita ditempatkan, jadi berdoalah agar kita terselamat dari api neraka jahannam ini. Dari segi muziknya diselang selikan dengan rentak slow & rancak. 



Kemuliaan Al-Quran 

Lagu/Lirik: Amin Inteam 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan agar diri ini dekat dengan al-quran & sentiasa memahami isi2 yang terkandung dalam ayat2 tersebut. Dari segi muziknya berentak slow & sangat bagus untuk semua menghafalkan doa yang terkandung dalam lagu ini. 



As-Syafiie

Lagu: Belle 
Lirik: Ustaz Tahassan 


Sebuah lagu arab yang berirama padang pasir & sangat best, dalam lagu ini mereka berkolebrasi dengan pencipta liriknya iaitu Ustaz Tahassan sendiri. Dari segi muziknya berentak rancak. 



Redha 

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers 
Lirik: Lukhman S 


Lagu ini pula tersangatlah menyentuh jiwa bila mendengarnya kerana ia berkenaan dengan seorang hamba yang ingin kembali ke jalan yang benar setelah berbagai ujian yang melanda dirinya hingga di sisihkan ke tepi oleh insan disekelilingnya. Maka dari situlah ia mula mengenal dosa & pahala. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Asma' Allah 

Lagu: Amin Nordin 
Lirik: Copyright Control 


Lagu ini berkenaan dengan 99 nama Allah yang wajib kita ketahui kerana ia sangat berguna pada semua & sesuai di ajar kepada kanak2 agar mereka juga dapat menyebutnya dengan betul . Dari segi muziknya sangat simple walaupun berentak slow. 



Kasih Sayang 

Lagu: Ustaz Asri Rabbani 
Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu lama yang asalnya pernah dipopularkan oleh kumpulan Nada murni suatu ketika dulu, namun lagu ini telah pun di ubah suai dari segi muziknya serta diberi nafas baru. Lagu ini juga mereka berkolebrasi dengan Ustaz Asri Rabbani, ia berkenaan dengan penting kasih sayang dalam kehidupan dalam menjalinkan ukhwah silaturrahim sesama insan. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. Al-Fatihah buat pencipta lagu ini iaitu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani. 



Ucapan: 



Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanga & teruskan perjuangan semua hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment