Thursday, July 9, 2015

Soutul Amal - Langkah Pejuang

Tajuk: Langkah Pejuang 
Artis: Soutul Amal 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dala CD: 6 track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna yang dipilih tersangatlah cantik kerana ia sesuai untuk cover album ini, tema warna yang digunakan iaitu biru, coklat, oren, kelabu hitam & merah lebih menyerikan lagi latar belakang & dilengkapi dengan 4 anak muda dimuka hadapan. Ucapan pengargaan & lirik lagu tiada disertakan,  nama2 yang telah menjayakan album ini juga senarai lagu2 turut menyerikan lagi album tersebut, pemantap vokal oleh ahli2 kumpulan ini tersangatlah hebat dengan penuh keyakinan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid & tujuan album ini diterbitkan bersempana dengan ulangtahun kumpulan ini yang ke 17 tahun pada 5 Jun yang lalu. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 


Srikandi Mujahidah 
Lagu: Mohd Firdaus Sahiddin 
Lirik: Dr. Megat Suhaimi & Mohd Firdaus Sahiddin 

Sebuah lagu yang amat sinonim dengan muslimat khasnya, lirik lagu ini mengisahkan berkenaan dengan mujahidah yang ingin berjuang di medan peperangan sepertimana dizaman Rasulullah, semangat yang membara ingin turut bersama demi mempertahankan agama islam. Dari segi muziknya ditahap yang sederhana & sangat bermakna.

Wa'tasimu 
Lagu/Lirik: Mohd Firdaus Sahiddin 

Lagu ini sebenarnya lagu tema Ijtima' seluruh dunia, uniknya lagu ini mempunyai 3 bahasa iaitu bahasa melayu, english & bahasa arab. Ia berkenaan dengan perjuangan dalam menyatukan umat islam dari perpecahan. Dari segi muziknya memang begitu semangat sekali. 

Langkah Pejuang 
Lagu/Lirik: Mohd Firdaus Sahiddin 

Lagu ini berkenaan dengan semangat perjuangan yang ingin diteruskan hingga berjaya, sentiasa tekad dalam berjuang tanpa berputus asa, dalam kita berjuang iman perlu dikuatkan agar tidak gentar apabila berhadapan dengan musuh terutamanya. Dari segi muziknya menggambarkan pejuangan sedang bermula & sesuai dijadikan lagu tema untuk kem & sebagainya. 

Bersatulah 
Lagu: Mohd Firdaus Sahidin
Lirik: Dato Mohd Asri Bin Muda 

Sebuah lagu yang diberi nafas baru, asalnya lagu ini juga dalam album Berjihadlah tetapi dalam versi lama. Lagu ini mengajak kita untuk bersatu mempertahankan islam & sesuai dijadikan lagu tema. Dari segi muziknya sangat menyegarkan & sangat bagus.  

Al-Amalulillah: 
Lagu/Lirik: Hussin Bin Ismail

Lagu ini telah pun diber nafas baru dari segi vokal, ceritanya hampir sama dengan lagu Semarak Perjuangan, sentiasa ikhlaskan diri untuk beramal hanya kerana Allah. Dari segi muziknya pula telah pun di ubah suai bagi memantapkan lagi, tetapi ditahap yang sederhana.  

Doa Wehdah
Lirik: Copyright Control 

Doa ini sentiasa dibacakan untuk memohon kepadaNya agar memberi kemenangan kepada islam khasnya. 

Ucapan: 

Tahniah diucapan atas penerbitan album dengan jayanya & teruskan perjuang seua hingga ke akhirnya. 
.

0 comments:

Post a Comment