Friday, July 10, 2015

Amar - Rindu Ramadhan versi Kun Anta

Tajuk: Rindu Ramadhan versi Kun Anta 
Artis: Amar 
Lagu Asal: Kun Anta (Humood Al Khuder) 
Lirik: Ramzul Ikbar Saiful Aula 
Tahun: 2015 
Kualiti Lagu: *****5 bintang  

Amar merupakan salah seorang artis yang tidak asing lagi bagi peminat2 nasyid terutamanya, banyak bakat yang telah beliau cungkilkan antaranya mengubah lagu2 yang seringkali menjadi fenomena ikutan atau kesukaan ramai mengikut situasi semasa & sebagainya. Antaranya sebuah lagu yang sedang naik dalam industri nasyid sekarang ini iaitu lagu Kun Anta nyanyian asal oleh Humood Al Khuder. 


Walau pun muzik lagu ini hanya menggunakan piano sahaja tetapi mampu menarik perhatian sesiapa yang mendengar atau yang sudah pun menonton videonya di mana2 media yang telah pun tersebar luas. Antaranya di FB & youtube terutamanya yang mungkin mampu mencecah beribu atau berjuta penonton yang melihat video lagu ini. 

Dari segi liriknya tersangatlah menarik & mampu memberi kesan jika kita menghayati dengan sebaiknya, tambahan pula bulan Ramadhan sudah tiba & ia dinantikan oleh seluruh umat islam diseluruh dunia.

Berkenaan dengan vokal suara Amar memang tak dinafikan kerana keseluruhannya sangat mantap. 

Ucapan: 

Tahniah diucapkan buat semuanya, diharapkan agar dapat mengubah lagi lirik2 lagu yang bukan islamik kepada islamik & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment