Thursday, July 9, 2015

Fetya - Kesaksian

Tajuk: Kesaksian 
Artis: Fetya 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 

Cover Album: 

Warna pada cover album ini tersangatlah cantik & hanya 3 warna sahaja yang digunakan iaitu putih, kuning serta hitam sebagai warna tema dari pakaian, latar belakang hinggalah warna tulisan yang digunakan dalam album ini. Keseluruhan lagu2 dalam album ini sebenarnya bertemakan perjuangan & pemantapan vokal oleh semua ahli kumpulan ini sangatlah hebat juga keseluruhan susunan muzik memamg tak dinafikan dengan hight kualiti yang digunakan. Diserikan lagi dengan 6 anak muda dimuka hadapan album ini, ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini & susunan lirik yang agak jelas serta kemas turut berada  dalam album ini. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Kesaksian
Lagu/lirik: Syed Salahuddin & Muawwidz Al-Ansori  

Lagu ini mengisahkan dengan kesaksian kita kepada Allah swt & Nabi Muhammad saw, lagu ini sangatlah simple namun penghayatannya sangat bermakna sekali. 

Intifadhah Bersinar
Lagu: Fuad Jamil
Lirik: Fuad Jamil & Muawwidz Al-Ansori  

Lagu ini berkenaan dengan Palestin yang mana mereka memerlukan pertolongan dari umat islam yang berada diluar sana untuk membantu dalam apa jua cara sekali pun agar diberi kemenangan buat umat islam disana.

Di Balik Besi
Lagu: Muawwidz Al-Ansori & Naim Rais
Lirik: Zakwan Yahya  

lagu ini sangatlah puitis, mengisahkan berkenaan dengan semangat yang membara perlu kita ambil sebenarnya & sangatlah hebat buat penulis lirik lagu ini. 

Harapan Ummah
Lagu/Lirik : Fuad Jamil

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan yang mana perlu kita tunaikan untuk membantu memperjuangkan islam dimata dunia & ia dimulakan dengan bacaan sajak sebelum lagu di alunkan. 

Sujud Merdeka
Lagu: Muawwidz
Lirik: Basyir Kamaruzzaman  

Lagu ini berkenaan dengan kemerdekaan yang telah diraih bersama & sujud syukur dilakukan selepas kemenangan tercapai jua akhirnya. 

Obor Semangat
Lagu/Lirik: Sinaran Azhar  

Lagu sememamngnya bersemangat kerana sesiapa saja yang menedengarnya pasti rasa kelainannya dengan lagu ini & dapat menaikkan semangat dalam melakukan apa jua perkara. 

Kesetiaan Al-Qassam Lagu Asal : Wa3ed Band
Lirik : Fuad Jamil & Bilal Jailani 

Lagu ini berkenaan pejuang Al-Qassam dalam memperjuangkan islam & setia dalam perjuangan walau pun berbagai ujian yang datang melanda demi mempertahankan serta memberi kemenangan terhadap umat islam disana. 

Syahadah Rabaah
Lagu / Lirik : Fuad Jamil 

Kekuatan lagu ini memang tak dinafikan kerana banyak dimainkan di corong2 radio & tahniah di ucapkan kerana lagu ini telah pun mendapat ribuan mahu pun berjuta yang sudah menonton video lagu ini di youtube. 

Kemenangan Gaza
Lagu : Muawwidz Al-Ansori & Adnin Roslan 

Lagu ini berkenaan dengan kemenangan yang di raih oleh umat islam di Palestin setelah sekian lama berhadapan dengan yahudi laknatullah & sama2lah kita doakan agar kemenagan ini berkekalan sampai bila2. 

Syahadah Rabaah (Instrumental) & Intifadhah Bersinar (Instrumental) 

Kedua lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one & sangat memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan walau pun anda semua masih lagi baru dalam industri nasyid, namun dapat menyampaikan dakwah melalui lagu dengan sebaiknya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment