Thursday, July 9, 2015

Aemean - Langkah Bermula

Tajuk :Langkah Bermula 
Artis :Aremean 
Tahun :2013 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Ku Pohon Keampunan
Lirik :Rizal 
Lagu :Din As-Salam 

Duhai Isteri 
Lirik / Lagu :Qifual 

Dunia Kini 
Lirik / Lagu :Qifual 

Rasul Ibarat Bulan Purnama 
Copyright Control

Maal Hijrah 
Copyright Control 

Kualiti album :*****5 Bintang 

Cover Album: 

Album ini kalau dilihat dari sudut pandangan sangat menyegarkan mata bila melihatnya, suasana yang sungguh ceria dengan alam ciptaan Allah serta 3 anak muda yang berjubah putih dilokasi tersebut. 

Kualiti Lagu: 

Ku Pohon Keampunan *****5 bintang
Duhai Isteri *****5 bintang 
Dunia Kini *****5 bintang 
Rasul Ibarat Bulan Purama *****5 bintang 
Maal Hijrah *****5 bintang 


Ku Pohon Keampunan: 

Lagu ini menceritakan tentang seorang hamba yang telah pun insaf dari perbuatan dosa-dosanya yang lalu, dari segi muziknya agak slow tetapi cukup mendalam sebenarnya & ia sesuai didengar ketika hati terasa kosong.

Duhai Isteri: 

Sesuai ditujukan buat isteri tercinta & ia satu penghargaan buat dirinya yang sentiasa menemani tatkala susah senang diharungi bersama, dari segi muziknya pula tersangatlah romantik terutama buat kaum adam yang sudah memiliki isteri.

Dunia Kini: 

Lagu ini kalau dihayati dengan mendalam ia mengisahkan tentang gejala buang bayi, si anak kecil yang tidak berdosa yang menanggung derita, ia sungguh menyedihkan terutama zaman sekarang. Dari segi muziknya pula masih mengekalkan slow ala-ala balada. 

Rasul Ibarat Bulan Purnama: 

Lagu ini tidak asing lagi buat sesiapa yang pernah mendengarnya kerana ia pernah dipopularkan oleh kumpulan Nada Murni & The Zikr pada tahun 90-an, kemudiannya Hijjaz menyanyikan semula pada tahun 2012 dalam album Nostalgia Nadamurni Vol 4.... Dari segi muziknya berkonsepkan ala tradisional & arab, ia berbeza dari 3 lagu yang terawal & mengembalikan zaman kegemilangan nasyid suatu ketika dulu. 

Maal Hijrah: 

Lagu ini juga sebenarnya lagu lama yang mana pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid kanak-kanak diberi nama Soutus Sofwa dalam album Akhlak Mulia pada tahun 1995, dari segi muziknya agak kontemporari & mengisahkan tentang penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah & ia dismbiut begitu meriah oleh umat islam sehingga kini.

Ucapan:

Semoga kumpulan ini dapat meneruskan perjuangan dalam bidang seni suara terutama nasyid sehingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment