Saturday, August 8, 2015

Inteam - Tiada Lagi Kasih

Tajuk: Tiada Lagi Kasih 
Artis: Inteam 
Tahun: 2006 
Kandungan Lagu Dalam CD: 12 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat cantik dengan pemandangan yang indah seolah pada ketika itu hampir menuju ke malam hari, warna yang di pilih iaitu warna hijau gelap, hitam, biru laut sebagai latar belakang di bahagian keseluruhan lirik, dimuka hadapan album & bahagian tracklis lagu tersebut. Warna yang cerah pula menyerikan lagi untuk bahagian ucapan penghargaan buat semua, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan & disebalik tabir nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini. Susunan lirik yang sangat kemas mengikut turutan lagu yang telah di tetapkan serta vokal dari setiap ahli kumpulan ini sangatlah mantap. Album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



TanpaMu 
Lagu/Lirik: Akmal Mirwana 

Lagu ini berkenaan dengan nasib seorang hamba yang sering lalai & melupakan tanggungjawabnya untuk bersujud kepada Allah swt, bila hatinya mula resah & sebagainya barulah ia insaf serta kembali ke jalan yang benar dengan mengingatiNya setiap masa. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat mendalam penghayatannya. 

Kehidupan 
Lagu/Lirik: Nazrey Johani 

Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan The Zikr pada tahun 1994 & vokalis lagu ini pada ketika itu ialah saudara Nazrey Johani sendiri. Kini lagu tersebut telah pun diberi nafas baru serta muzik yang baru oleh Inteam & juga berkolebrasi dengan saudara Nazrey Johani. Lagu ini berkenaan dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini, setiap ujian pasti ada hikmahnya, sentiasa gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Narration I 

Sebuah narration yang sangat menyentuh bila dihayati dengan baik. 

Segenggam Tabah 
Laguy: Fadzli Far East 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini tersangatlah menyentuh kerana dari segi penceritaannya berkenaan dengan ujian yang melanda pada setiap insan yang merasainya, sentiasa tempuhi dengan penuh kesabaran dalam mengahadapi berbagai dugaan serta ujian yang melanda dalam kehidupan, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dari segi muziknya berentak slow & banyak pengajaran yang boleh di ambil dalam lagu ini sebenarnya. 

Senandung Budi 
Lagu: Rahim Inteam 
Lirik: Alif Lam Ra 

Sebuah lagu yang banyak memberikan nasihat pada sesiapa yang mendengarnya, lagu ini berentak joget & sangat best. Dari segi muziknya pula berentak sederhana serta ada unsur2 joget diselitkan sekali. 

Taman Firdausi 
Lagu: Amin Inteam 
Lirik: Amin Inteam, Frizdan & Ustaz Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan keindahan syurga yang tak dapat di bayangkan apabila berada di sana kelak, berbagai kenikmatan yang boleh dirasai serta di syuga juga tiada sebarang pergaduhan & sebagainya, jadi sentiasalah berdoa agar suatu masa nanti kita juga akan merasai semua nikmat ini dengan perbanyakkan amal ibadah kepada Allah swt. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Selawat Badrul Ain 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Lagu ini berentak selawat & mengajak kita untuk berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw, lagu ini mereka berkolebrasi dengan saudara Mu'adz Dzulkefly yang pernah menyertai kumpulan Al-Masaar suatu ketika dulu. Dari segi muziknya sangatlah rancak & berirama padang pasir.

Pesona Dunia 
Lagu: Azahari Nowseeheart 
Lirik: Lukhman S 

Lagu ini mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara & menguji tahap keimanan kita kepada Allah swt, jika dunia yang kita kejar lebih dari akhirat maka kita juga yang rugi di sana nanti, Dari segi muziknya berentak slow namun penghayatannya sangat mendalam. 

Stand Together 
Lagu: Syah Inteam 
Lirik: Lina (NHNI)  

Lagu yang dinyanyikan dalam bahasa inggeris yang mana ia sangatlah best bila dihayati dengan sebaiknya. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Cintailah Ilahi 
Lagu/Lirik: Bakafro 

Lagu ini berkenaan dengan apa jua yang ingin kita cintai di atas muka bumi ini, namun pada hakikatnya semua itu takkan kekal buat selamanya & hanya cinta kepada Allah swt saja yang berkekalan sampai bila2. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat bagus bila dihayati dengan sebaiknya. 

Narration II 

Narration yang ke 2 ini juga sangat menyentuh buat semua yang mendengarnya & untuk pengetahuan semua narration ini dibacakan oleh Ustaz Dini Juri. 

Pemergianmu 
Lagu/Lirik: Frizdan 

Lagu ini tersangatlah menyentuh hati buat semua yang mendengarnya kerana ia mengisahkan berkenaan dengan pemergian seorang insan yang kita sanjungi juga kekasih agung yang kita rindui selama ini iaitu Rasulullah saw, tak terkata bila mendengarlan lagu ini hingga menitiskan air mata, Sama2lah kita berdoa agar baginda tenang di alam sana. Dari segi muziknya berentak slow serta sangat sesuai dengan lagu ini. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah berjaya menghasilkan album ini dengan sebaiknya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. 

0 comments:

Post a Comment