Friday, August 7, 2015

Far East - Gugur Di Setiamu

Tajuk: Gugur Di Setiamu 
Artis: Far East 
Tahun: 2015
Kualiti Lagu: *****5 bintang 
Lagu: Keroz Nazri 
Lirik: Eenaz Mokhtar  



Sepertimana yang diketahui umum kumpulan ini terkenal dengan lagu2 yang berentak taranum seperti Hijaz, Bayati, Sikah & sebagainya, kali ini mereka menampilkan kelainan yang sangat unik dalam lagu terbaru ini. 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan cinta kita kepada seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini dengan berkasih sayang, cinta bukannya sesama manusia saja tetapi cinta juga pada haiwan peliharaan yang kita sayang seperti contoh kucing & sebagainya, jika ia tiada kita pun rasa sedih sebenarnya. 

Dari segi vokal pada lagu ini tersangatlah mantap walau pun banyak kelainan telah di bawakan dalam lagu tersebut.

Dari segi lirik pulak tersangatlah bagus jika dihayati dengan sebaiknya & tahniah pada penulis lirik lagu ini. 

Kepada sesiapa yang belum mendengarkannya lagi bolehlah dengar secara percuma di spotify atau beli memlalui Itune & sebagainya. 

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah menghasilkan lagu ini dengan baik sekali, semoga anda semua dapat meneruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment