Wednesday, July 29, 2015

UNIC - You And I See

Tajuk: You And I See 
Artis: UNIC 
Tahun: 2002 
Kandungan Lagu Dalam CD: 11 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat cantik dengan warna yang agak terang, latar belakangnya menggambarkan cahaya matahari yang bersinar dengan terangnya. Album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kaset  MTV karaoke. Ucapan penghargaan buat semua, ucapan penghargaan oleh setiap ahli kumpulan, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik yang sangat kemas mengikut track turut terkandung dalam album ini. Dari segi vokal kesemua ahli tersangatlah mantap & ketika itu mereka masih di alam remaja. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Jalinan 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Manis Alia 

Lagu ini berkenaan dengan ukhwah silaturrahim yang patut kita eratkan agar ikatan persahabatan & persaudaraan terjalin hingga ke akhirnya. Dari segi muziknya sangat rancak serta sangat sesuai dinyanyikan ketika berada di majlis keramaian. 

Ainul Mardhiah 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan seorang wanita yang digelar sebagai bidadari syurga, sanggup berkorban demi agama & menjadi rebutan pemuda yang melihatnya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

You And I See 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Syalina Ahmad & Abai Os 

Sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa inggeris. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best. 

Keroncong Kasih Sayang 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Lagu ini berentak keroncong, mengisahkan berkenaan dengan nasihat yang mana dalam hidup ini perlu adanya kasih & sayang sesama insan. Dari segi muziknya berentak sederhana serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Mahligai Kasih 
Lagu/Lirik: Mustaqim & Putra Aiman 

Lagu ini berkenaan dengan cinta sesama manusia yang mana seorang hamba ingin meluahkan isi hatinya kepada seseorang yang dicintainya agar hubungan ini berkekalan, dia memohon kepada Tuhan agar diberi kekuatan juga ketabahan untuk mempertahankan mahligai yang mereka bina ini hingga ke akhirnya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best. 

Ayat Al-Quran 

Bacaan ayat suci Al-quran beserta maknanya sekali. 

Syukur Syukurlah 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 

Lagu ini berkenaan dengan rasa penuh kesyukuran kerana diberi ruang untuk menghirup udara segar serta dapat melihat alam semesta dengan memuji nama Allah Yang Maha Besar. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat ceria bila dihayati dengan baik. 

Kawan 
Lagu: Mohd Fairuz 
Lirik: Syamsul Adlan 

Lagu ini sebenarnya lagu lama yang mana lagu ini telah dinyanyikan oleh artis asal iaitu kumpulan Suara Firdaus pada tahun 90-an lagi. Lagu ini mengisahkan tentang kehidupan dalam persahabatan, segala cabaran sentiasa ditempuhi bersama tak kira dimana jua. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 

Anak Soleh 
Lagu/Lirik: Wan Shah 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan sifat2 seorang anak yang patut di ikuti sebagai contoh menghormati ibu bapa serta sentiasa berusaha & tak kenal putus asal dalam kehidupan. Dari segi muziknya berentak slow tetapi dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Selawat 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu arab yang berentak selawat & pernah di popularkan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 1994. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best. 

Hanya Tuhan Yang Tahu 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Manis Alia & Atie 

Lagu ini berkenaan dengan cinta yang dicari untuk dijadikan sebagai teman pilihannya, namun dalam bercinta kita disyariatkan agar menjaga adab2 pergaulan juga batas2nya sebelum bernikah. Lagu ini sangat popular pada ketika itu sehingga ke hari ini masih lagi dalam ingatan. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah diatas penerbitan album ini dengan jayanya, semoga semuanya dapat meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya.    

0 comments:

Post a Comment