Thursday, July 9, 2015

Soutul Amal - Seru Pembelaan

Tajuk: Seru Pembelaan
Artis: Soutul Amal 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 16 Track
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Dari segi kulit album ini tersangatlah menarik kerana adanya 4 anak muda di muka hadapan, dari segi warnanya pula sungguh cantik dengan warna merah yang bercahaya putih ditengahnya, warna hitam & biru gelap juga menyerikan lagi album ini. Ucapan penghargaan & latar sejarah kumpulan ini tak terkecuali ada dalam album ini. 



Jinggle: 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu yang sesuai dijadikan sebagai intro pembukaan dalam album ini, dari segi muziknya lebih kepada semangat dengan bunyi drum yang dimainkan walau pun rentaknya agak slow. 

Seru Pembelaan: 
Lagu/Lirik : Mohd Firdaus Sahidin
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Dalam lirik lagu ini menceritakan berkenaan dengan apa yang terjadi pada umat akhir zaman ini, peperangan kepada umat islam terus berlaku tanpa henti tetapi kita hanya menyalahkan 1 pihak saja, akhirnya timbul kesedaran untuk membantu saudara seislam di sana yang tengah menderita & hanya doa saja yang mampu kita tadahkan sebagai senjata utama melawan musuh. Dari segi muzik lagu tersebut sangatlah tersentuh & walaupun rentaknya slow tetapi dapat dihayati dengan baik.

Semarak Perjuangan:
Lagu/Lirik : Abd Halim Abd Rahman 
Kualiti Lagu: *****5 bintang  

Lagu ini sebenarnya dalam album pertama mereka yang berjudul Amal Kerana Allah yang diterbitkan pada tahun 1998, menceritakan berkenaan dengan perjuangan dalam beramal, bersatu dalam menempuhi setiap cabaran yang dilakukan, sentiasa ikhlas dalam berjuang demi kemenangan islam dimata dunia. Dari segi muziknya pula agak rancak & elemen yang digunakan dalam muzik tersebut sangatlah unik seolah mahu berjuang dimedan perang. 

Amalulillah: 
Lagu/Lirik : Hussin Bin Ismail
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu ini juga dari album yang sama, ceritanya hampir sama dengan lagu Semarak Perjuangan, sentiasa ikhlaskan diri untuk beramal hanya kerana Allah. Dari segi muziknya pula sama dengan lagu yang sebelumnya, tetapi ditahap yang sederhana. 

Solidarity In Islam: 
Lagu : Raja Sarinah Raja Abd Aziz
Lirik : Raja Sarinah Raja Abd Aziz & Firdaus Sahidin 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Sebuah lagu yang mempunyai 2 bahasa iaitu melayu & Inggeris, maksudnya sangat mendalam bila dihayati dengan betul. Dari segi muziknya agak slow & menggunakan alat perkusi dalam lagu ini. 

Nostalgia: 
Lagu : Shauqi
Lirik : Munirah
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu ini mengisahkan tentang sebuah kenangan yang mengusik jiwa ketika besama dengan rakan2 & guru2 ketika di alam persekolahan atau di universiti, lagu ini sesuai dinyanyi ketika tibanya hari perpisahan kerana itulah yang menjadikan semangat apabila kita berjuahan dengan insan2 yang dikenali selama ini, tak kiralah kita bersama mereka bertahun atau berbulan namun perpisahan tetap jua akan terjadi. Dari segi muziknya lebih kepada alat perkusi & ditahap yang sederhana & lagu ini jugalah pernah diputarkan di corong2 radio. 

Medley Pesanan: 
Lagu : Amin Shauqi
Lirik : Megat Abd Manan Megat Idrus 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Sebuah lagu nasihat yang patut kita jadikan iktibar buat bekalan di alam sana nanti & diselitkan dengan selawat ke atas nabi. Dari segi muzik yang digunakan sangatlah menarik keana digabungkan 2 tahap rentak yang bebeza iaitu rentak slow & rancak. 

Manusia:
Lagu/Lirik : Abd Alim Zakaria 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu yang mengisahkan bekenaan dengan kehidupan manusia dizaman sekarang, penuh dengan kelalaian & kealpaan di atas muka bumi ini, kita semua tahu semua kejadian dimuka bumi ini benar tetapi kita tak ambil pengajaran atau iktibar atas apa yang berlaku. Dari segi muziknya ditahap sederhana & dimainkan dengan alat perkusi.

Seruan Jihad: 
Lagu/Lirik : Abd Alim Zakaria 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Sebuah lagu yang mengisahkan berkenaan dengan perjuangan di medan jihad, menentang permusuhan & memberi kemenangan kepada islam, cabaran serta dugaan dapat ditempuhi bersama. Dari segi muziknya berentak sederhana juga dapat dihayati dengan baik. 

Guruku: 
Lagu/Lirik : Abd Alim Zakaria 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu ini khas ditujukan buat semua para pendidik diseluruh dunia, banyak ilmu yang telah dibeikan pada kita, dari kita tahu apa2 hinggalah berjaya, guru ibarat ibu & bapa ketika berada di alam persekolah, kolej atau di universiti, hargailah jasa2 serta pengorbanan yang telah diberikan selama ini. Dari segi muzik lagu ini berentak slow tetapi sangat memberi makna pada semua. 

Sedarlah Insan: 
Lagu/Lirik : Rosnah Ahmad 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu ini menginsafkan kita semua dengan kesedaran bahawa kita semua akan pergi jua meninggalkan alam yang fana ini, banyak pengajaran yang boleh di ambil apabila mendengarkan lagu ini. Dari segi muziknya ditahap yang sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Balada: 
Lagu : Azizan 
Lirik : Amiruddin 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu ini mengisahkan tentang seorang anak yang memerlukan kasih sayang & belaian manja dari ibu bapa yang ditinggalkan seharian. dari segi muziknya pula ditahap yang sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Analisa: 
Lagu/Lirik : Megat MS & Mohd Firdaus 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu yang mengingatkan diri kita bahawa wujudnya Tuhan, Malaikat & apa2 saja yang kita lakukan dalam kehidupan ini, tetapi semua itu kita tak guna dengan sebaiknya & banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Lagu ini asalnya dalam album ke 2 mereka yang berjudul Berrrrjihadlah yang diterbitkan pada tahun 1999 & dari segi muziknya agak sedikit rancak dengan alat perkusi yang dimainkan juga dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Perpaduan: 
Lagu : Mohd Firdaus Sahidin
Lirik : Megat MS & Mohd Firdaus Sahidin 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Lagu yang mengisahkan tentang perpaduan antara kita sesama manusia, elakkan dari berpecah belah dalam apa jua perkara atau salah faham yang berlaku. Dari segi muziknya agak rancak & juga dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Bersatulah: 
Lagu : Mohd Firdaus Sahidin
Lirik : Dato Mohd Asri Bin Muda 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 

Sebuah lagu yang diberi nafas baru, asalnya lagu ini juga dalam album Berjihadlah tetapi dalam versi lama. Lagu ini mengajak kita untuk bersatu mempertahankan islam & sesuai dijadikan lagu tema. Dari segi muziknya sangat menyegarkan & sangat bagus. 

Janji Tuhan Pasti Berlaku: 
Lagu/Lirik : Kamal Halim  
Kualiti Lagu: *****5 bintang  

Lagu yang mengajak kita untuk memohon kepadaNya agar agama islam kembali bersinar di muka bumi ini, sudah pastinya janji itu akan berlaku jua akhirnya. Dari segi muziknya ditahap yang sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Semoga perjuangan sebegini dapat diteruskan hingga ke akhirnya kerana itulah yang diperlukan dalam menyebarkan dakah melalui nasyid.

0 comments:

Post a Comment