Friday, July 10, 2015

Al-Manna - Selawat Kita Semua

Tajuk :Selawat Kita Semua 
Artis :Al-Manna 
Tahun :2014 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Subhanallah 
Lirik & Lagu :Copyright Control 

Selawat Kita Semua 
Lirik & Lagu :Bazli UNIC 

Sahabat 
Lirik & Lagu :Bazli UNIC 

Zikir Pagi Hari 
Lirik & Lagu :Copyright Control 

Cina Allah Sayang Allah 
Lirik & Lagu :Bazli UNIC 

Kualiti album :*****5 bintang 

Cover Album: 

Album ini berlatar belakangkan konsep yang berwarna warni, sangatlah cantik bila dilihat dengan pandangan yang terlalu ceria & menyejukkan mata, album ini banyak mengenengahkan zikir, selawat & doa.

Kualiti Lagu: 

Subhanallah *****5 bintang 
Selawat Kita Semua *****5 bintang 
Sahabat *****5 bintang 
Zikir Pagi Hari *****5 bintang 
Cinta Allah Sayang Allah *****5 bintang 
Selawat Kita Semua - Instrumental *****5 bintang 


Subhanallah: 

Alunan Zikir yang di alaunkan ini sangatlah tenang bila mendengarnya, lagu ini mereka berkolebrasi dengan saudara Bazli UNIC & dari segi muziknya sangatlah rancak.

Selawat Kita Semua: 

Saudara Bazli UNIC juga tidak asing lagi dalam menghasilkan beberapa buah lagu nasyid hasil ciptaannya sendiri, lgu ini mengajak kita semua untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dari segi muziknya pula sedikit rancak. 

Sahabat: 

Lagu ini mengisahkan tentang persahabatan dalam mengharungi suka duka keika bersama dimana jua dalam meneruskan perjuangan, lagu & lirik jua hasil ciptaan saudara Bazli UNIC sendiri & dari segi muziknya agak sedikit slow tetapi sangatlah best bila didengar. 

Zikir Pagi Hari:

Alunan zikir ini sememangnya sesuai di alunkan diwaktu pagi & seeloknya dihafal dengan maknanya sekali.

Cinta Allah Sayang Allah: 

Lagu yang ke 3 hasil ciptaan saudara Bazi UNIC dalam album ini menceritakan tentang alam ciptaanNya dimuka bumi ini, dari segi muzikny ditahap sederhana antara rancak & slow tetapi sangatlah best. 

Selawat Kita Semua - Instrumental: 

Muzik minus one lagu ini tidak terkecuali dimuatkan dalam album ini. 

Ucapan: 

Semoga kumpulan ini dapat meneruskan perjuangan sehingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment