Thursday, July 9, 2015

Destiny - Indah

Tajuk: Indah 
Artis: Destiny 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 12 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 

Cover yang sangat cantik apabila ia diserikan dengan 3 anak muda dimuka hadapan, dari segi warna yang dipilih dapat menyerikan lagi dengan warna kuning & putih, ucapan penghargaan buat yang tersayang, disebalik tabir nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini & profil setiap ahli kumpulan ini turut ada dalam album ini, susunan lirik2 yang terkandung dalam album ini juga amatlah kemas dengan tajuk setiap lagu memenag sesuai dengan saiz tulisan yang besar & di boldkan dengan warna yang terang.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 






Indah 
Lagu: Daqmie 
Lirik: Ito Lara 


Sebuah lagu yang mengisahkan dengan keindahan yang di inginkan didunia ini, namun hakikatnya tak berkekalan & akhirat jua yang lebih indah buat selamanya, lirik yang sangat menarik jika dihayati dengan sebaiknya & dari segi muziknya berentak sederhana serta alunan lagu tersebut mudah di ikuti. 

Ya Rabibil Mustafa 
Lagu: Rozi 
Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu arab yang mudah kita ikuti keana liriknya selalu kita semua hafal dengan sebaiknya, rentak yang di alunkan sangatlah menarik & dari segi muziknya agak simple. 

Dia Penentu Segala
Lagu: G Nola 
Lirik: Musrad 


Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan seorang hamba yang redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan, dia sedar yang dunia ini bukan miliknya keana suatu hari akan tiba masanya ia akan pergi jua mengadap Ilahi. Dari segi muziknya sangat unik kerana telah di pelbagaikan dengan gitar & sebagainya, rentaknya agak sedikit slow serta dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Subhanallah 
Lagu: Saufi 
Liik: Zikir 

Sebuah zikir yang sentiasa kita alunkan setiap masa, gubahan lagu yang sangat menarik. 

Hati Kata Rindu: 
Lagu: Fitri Haris 
Lirik: Atie 


Sebah lagu yang mengisahkan berkenaan hamba yang ingin kembali ke jalan yang benar, dia mula fikir apa yang ia lakukan di atas muka bumi ini & mula sedar serta bersujud ke hadrat Allah swt. Lagu ini sebenarnya penah dimuatkan dalam album pertama mereka & kini di ubah suai dari segi vokalnya yang sungguh mantap walau pun hanya bertiga, dari segi muziknya sama seperti sebelum ini serta ada penambahan muzik lain dalam lagu ini. 

Hasbi Rabbi 
Lagu: Rozi 
Lirik: Zikir 


Sebuah zikir yang sering kita alunkan juga pada setiap masa, dari segi lagu agak simple & menarik. 

Cinta Sepi Indah 
Lagu/ Lirik: Epy 


Sebuah lagu yang megisahkan berkenaan dengan seorang hamba kesepian dalam mencari cinta serta dengan luahkan apa yang tebuku dihatinya, namun hakikatnya kesepian terus melanda & barulah ia memohon kepada Allah agar permintaan dapat diterima. Dari segi muziknya agak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. Lagu ini pernah dimuatkan dalam album ke 2 mereka & dari segi vokal juga sungguh mantap. 

Selawat: 
Lagu: Rozi 
Lirik: Copyright Control 

Selawat yang sesuai di alunkan di mana2 majlis keramaian sebagai contoh walimatul urus & sebagainya, dari segi muziknya agak rancak dengan berbagai rentak yang digunakan. 

Arah 
Lagu/Lirik: Bazli UNIC 


Sebuah lagu yang mengisahkan tentang seorang hamba yang sebelum ini hanya membuang masa dengan aktiviti lepak & sebagainya, namun dalam masa yang sama ia hilang arah  & setelah tersasar dengan berbagai dugaan, ia memohon kepadaNya agar kembali ke jalan yang benar, akhirnya dia mengubah dirinya dari yang sebelumnya kepada yang lebih baik lagi. Dari segi muziknya agak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Tandus
Lagu/Lirik: Fitri Haris & Epy 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan manusia di atas muka bumi ini yang lalai & leka dengan membuang masa hingga lupa kembali ke jalan yang benar, namun hakikatnya semua itu takkan kekal buat selamanya & semuanya akan berakhir jua di akhirat sana, dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Kata maaf
Lagu/Lirik: Fitri Haris & Epy 

Sebuah lagu yang mengisahkan berkenaan dengan talian persahabatan, persaudaraan yang terjalin selama ini, namun dalam masa yang sama ukhwah itu akan berakhir dengan pergaduhan & sebagainya, memberi kemaafan amat mudah kerana itulah jalan penyelesaiannya. Dari segi muziknya berentak sederhana juga dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Bersama Rindu 
Lagu/Lirik: Fitri Haris & Epy 

Lagu yang mengisahlan dengan ketenangan & kerinduan yang dicari, hanya doa yang mampu kita tadahkan agar Allah mengampunkan dosa2 hamaNya yang lalu. Dari segi muziknya agak rancar & lagu ini pernah menjadi tajuk album ke 2 mereka. 

Ucapan: 


Semoga anda semua dapat meneruskan dalam misi dakwah melalui nasyid hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment