Tuesday, July 14, 2015

Masriezan Masri - Indah Hari Raya (feat. Remort Khan)

Tajuk: Indah Hari Raya (feat. Remort Khan) 
Artis: Masriezan Masri 
Tahun: 2015 
Lagu: Masriezan Masri
Lirik: Shafariz/ Azizi Razlie 
Kualiti Lagu: *****5 bintang 



Kebanyakan di mana2 tempat seperti pasaraya, bazar Ramadhan & sebagainya sudah pun berkumandang lagu2 raya, namun kebanyakan lagu raya ada berbagai kisah & perasaan bila mendengarkannya. 

Namun kali ini ada kelainan sikit dengan sebuah lagu raya ni, ia menggambarkan suasana kemeriahan di hari raya & suasana yang sangat indah.

Rasa syukur tak terhingga selepas berlalunya Ramadhan yang mulia, kini hari kemenangan disambut bersama dengan keluaarga, sanak saudara & sahabat handa yang dikenali. 

Gandingan vokal yang sangat mantap oleh mereka apabila menyanyikan lagu ini, dari segi muziknya berentak sederhana & menggambarkan keceriaan apabila tibanya hari yang dinanti serta susunan lirik tersangatlah kemas. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semuanya, semoga dapat meneruskan perjuangan  hingga ke akhirnya. 

0 comments:

Post a Comment