Thursday, July 9, 2015

Inteam - Iman & Aman

Tajuk: Iman & Aman 
Artis: Inteam 
Tahun 2013 
Kandungan Lagu Dalam CD: 12 Track 
Kualiti album: *****5 bintang 


Cover Album: 

Cover yang sangat menarik dengan pemandangan yang sungguh menyenangkan, warna yang di pilih sangatlah menarik & sesuai dengan album ini, bila dilihat semula seolah mereka berada diluar negara juga membawa imej yang berlainan dari yang sebelumnya. Ucapan penghargaan, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik2 lagu nampak kemas sekali. Album ini sekali lagi menampilkan 2 orang bekas ahli kumpulan ini iaitu saudara Suhaimi Saad & Hisyam Ahmad bagi meriahkan lagi sebenarnya seperti album yang sebelumnya. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang  






Jatuh Bangun
Lagu.Lirik: Aden Edcoustic 


Lagu yang mengingatkan kita erti kehidupan yang sebenarnya, hidup ini umpama roda, kadangkala naik & kadangkala turun, namun usaha dalam menempuhi cabaran harus ditempuh jua demi mencapai kejayaan yang di impikan, sentiasa berharap keampunan & keredhaan dari Allah swt. Dari segi muziknya berentak slow & liriknya sangat2 tersentuh sebenarnya. 

Mulakan Hari Ini 
Lagu: Frizdan Fizarahman 
Lirik:: Ahmad Fedtri Yahya & Frizdan Fizarahman 


Lagu & lirik yang sangat2 ceria & ia sangat sesuai sebenarnya, dari segi susunan muzik sangat rancak & lebih menceriakan apabila ia dihayati dengan penuh semangat sekali. 

Tragedi Taif
Lagu/Lirik: Amin Inteam 


Lagu ini mereka berkolebrasi dengan kumpulan UNIC dengan paduan suara yang begitu mantap sekali, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dalam lirik lagu ini sebenarnya, dari segi muziknya berentak sederhana serta mudah dihayati dengan sebaiknya. 

Zikir Susah Senang 
Lagu.Lirik: Amin Inteam 


Sebuah lagu yang berentak urdu, ia mengingatkan kita bahawa susah mahu pun senang hendaklah mengingati Allah tak kira dimana jua, janganlah kita alpa dalam kehidupan seharian. Dari segi muziknya sangat2lah best & mudah di ikuti sebenarnya. 

Iman & Aman 
Lagu: Daqmie 
Lirik: B Nury 


Lagu yang mengingatkan kita bahawa pentingnya keimanan & keamanan dalam kehidupan, tanpa semua ini sudah pastinya pergolakan mahu pun peperangan terus berleluasa sehingga kini, sama2 bersatu hati demi menegakkan keadilan yang dicari selama ini. Dari segi muziknya berentak slow tetapi sangat mendalam maksudnya bila dihayati dengan sebaiknya. 

Ya Rasulullah Inni 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu yang asalnya qasidah & penyanyi asalnya oleh Habib Asasi dari Tunisia, akhirnya lagu ini diberi nafas baru oleh mereka & dimuatkan dalam album ini. Dari segi muziknya berentak padang pasir & ia sangat sesuai dengan lagu yang berbahasa arab ini. 

Syafaatmu 
Lagu: Syah Inteam 
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya 

Lagu yang berkisarkan berkenaan dengan perjuangan Nabi Muhaamd SAW, kita sebagai umat sudah pastinya inginkan syafaat olehnya disana nanti. Dari segi muziknya berentak slow namun sangat menyentuh sebenarnya.

Jumaat 
Lagu/Lirik: Erwan Muhibbain 


Lagu yang menceritakan berkenaan dengan amalan2 sunnah yang dilakukan & adab2 yang patut kita ikuti sebenarnya. Dari segi muziknya sangatlah rancak juga mudah di fahami dengan sebaiknya. 

Kau Ditakdirkan Untukku
Lagu/Lirik: Aden Edcoustic 


Sebuah lirik yang sangat bermakna juga sangat romantik terutama bagi pasangan yang sudah pun mendirikan rumahtangga & bergelar suami isteri,   Lagu ini mereka berkolebrasi dengan Suhaimi Saad & kumpulan Edcoustic, gandingan vokal 2 negara ini sangatlah mantap sekali. Dari segi muziknya sangatlah romatik & sangatlah sesuai sebenarnya. 

Iftar
Lagu/Lirik: Syah Inteam 


Lagu yang bertemakan Ramadhan, ketika berbuka sudah pastinya kita mulakan dengan doa bebuka puasa & ia menggambarkan keindahan suasana ketika berbuka bersama dengan orang2 yang tersayang mahu pun masyarakat disekeliling, itulah nikmat yang ada pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & doanya serta maknanya mudah di ikuti teutama bagi kanak2. 

Nothing's Everlasting 
Lagu: Frizdan Fizarahman 
Lirik: Tia Faisal 


Sebuah lagu yang berbahasa inggeris yang sangat2 best, pemantapan vokal sangat2lah hebat semuanya. Dari segi muziknya berentak sederhana jika kita hayati dengan sebaiknya. 

Nur Kasih
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: ITO Lara 

Lagu ini sangatlah popular ketika ia mula diterbitkan pada tahun 2002 lagi, liriknya sangat bermakna buat semua yang mendengarnya, mengisahkan berkenaan dengan doa sebenarnya, kini lagu ini diberi nafas baru dari segi muziknya & mereka berkolepbrasi dengan pencipta lagu ini sendiri. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan atas penerbitan album ini & teruskan perjuangan anda semua dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid hingga ke akhirnya. Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka2 yang telah banyak menyumbang tenaga dalam menjayakan album ini & telah pun pulang ke rahmatullah iaitu Allahyarham Aden Edcoustic & Allahyarham Ustaz Sohibul Fadil Haji Sabikin atau nama penanya B. Nury.

0 comments:

Post a Comment