Thursday, July 9, 2015

Hafiz Hamidun - Hafiz Hamidun

Tajuk: Hafiz Hamidun
Artis: Hafiz Hamidun 
Tahun: 2007 
Kandungan Lagu Dalam CD: 

Melihat Bintang 
Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun 

Kesaktian Cinta 
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Adi Samad 

Jawapan Rindu
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Adi Samad 

Cinta Ke Syurga 
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Adi Samad 

Kau Yang Satu 
Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun 

Cerita Hati 
Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun 

Last Breath 
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Copyright Control

Bilakan Damai 
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Ito Lara 

Derita Dunia: 
Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun 

Dengarkan Segalanya 
Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Nizam Zakaria 

Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album:

Sebuah album pertama beliau yang diterbitkan oleh Arteffects International (syarikat rakaman beliau sendiri). Dari segi warna kulit album sangatlah klasik kerana adanya warnanya coklat kekuningan serta biru seakan hijau di situ & ditambah pula adanya beliau di setiap muka surat lirik lagu tersebut, ucapan penghargaan buat yang terlibat dalam menjayakan album tersebut, keluarga tersayang pastinya ada dalam album tersebut. Apa yang menariknya dalam album ini kesemua lagu diciptakan oleh beliau sendiri & album ini berkonsepkan pop nasyid

Kualiti Lagu: 

Melihat Bintang *****5 bintang 
Kesaktian Cinta *****5 bintang 
Jawapan Rindu *****5 bintang 
Cinta Ke Syurga *****5 bintang 
Kau Yang Satu *****5 bintang 
Cerita Hati *****5 bintang 
Last Breath *****5 bintang 
Bilakan Damai *****5 bintang 
Derita Dunia *****5 bintang 
Dengarkan Segalanya *****5 bintang 


Melihat Bintang:

Sebuah lagu yang menceritakan tentang keindahan ciptaanNya diwaktu malam, susunan lirik yang sangat bagus oleh beliau & dari segi muziknya agak rancak serta ditambahkan dengan beberapa alat perkusi dalam lagu ini. 

Kesaktian Cinta: 

Lagu yang mengisahkan tentang cinta kita kepada Rasulullah SAW sebenarnya, susunan lirik oleh saudara Adi Samad ini tersangatlah bagus & dari segi muziknya berentak sederhana serta dapat dihayati dengan baik sekali.

Jawapan Rindu: 

Lagu ini menceritakan tentang rindunya kita pada seseorang telah lama tak ketemu hingga ke hari ini, dari segi muziknya agak slow & da[pat dihayati dengan baik. 

Cinta Ke Syurga: 

Lagu yang menceritakan tentang cinta yang sangat romantik terutamanya yang sudah mendirikan rumahtangga, dari segi muziknya juga agak rancak serta romantik.

Kau Yang Satu: 

Lagu yang menceritakan tentang kekasih hati yang dinantikan selama ini, dari segi muziknya agak simple dengan hanya menggunakan piano saja.

Cerita Hati: 

Lagu yang mengisahkan tentang luahan hati seseorang & apa yang ingin disampaikan, dari segi muziknya agak rancak & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Last Breath: 

Sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris secara acapella & liriknya dapat dihayati dengan baik sekali. 

Bilakan Damai: 

Lagu yang sangat menyentuh perasaan semua umat islam terutamanya apabila kekejaman juga peperangan pada insan yang tak berdosa terus berlaku, dari segi muziknya agak slow & kalau dihayati dengan betul pastinya akan rasa apa yang berlaku kepada umat islam di sana ketika ini. 

Derita Dunia:

Lagu yang mengisahkan tentang berbagai ancaman yang berlaku di atas muka bumi ini seperti peperangan, pencemaran alam di sekeliling & sebagainya, dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Dengarkan Segalanya: 

Lagu yang menceritakan tentang kerinduan pada seseorang yang telah lama pergi darinya, namun dia tetap menantikan kehadirannya & dari segi muziknya agak slow tetapi dapat dihayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Semoga Beliau (Hafiz Hamidun) dapat meneruskan perjuangan dalam irama nasyid ini hingga ke akhir hayatnya, InsyaAllah......

0 comments:

Post a Comment