Friday, July 31, 2015

Inteam - Damba Kasih

Tajuk: Damba Kasih 
Artis: Inteam 
Tahun: 2003 
Kandungan Lagu Dalam CD: 14 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna pada cover ini sangatlah cantik dengan gabungan hijau & putih sebagai latar belakang juga warna tema, tulisan pada lirik juga berwarna hijau. Ucapa penghargaan pada semua juga ucapan dari setiap ahli kumpulan tersebut turut berada dalam album ini. Nama2 yang terlibat dalam menjayakannya juga susunan lirik yang sangat kemas turut mengiasi album ini, album ini terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV Karaoke & vokal dari setiap ahli kumpulan ini memang tak dinafikan sangat mantap. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



Narration I 

Pembukaan yang sangat bagus sebagai muqaddimah, alunan zikir diselitkan sebagai suara latar. 

Damba Kasih 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara & Manis Helma 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan cinta & juga kasih yang di harapkan agar di ampunkan segala dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat menyentuh bila mendengarnya. 

Sentuhanmu 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini di tujukan khas buat insan2 yang bergelar sebagai seorang ayah yang sanggup berkorban untuk melihat anak2nya berjaya di masa hadapan, sangat menyentuh bila menghayati isi2 lirik lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Budimu Rasulullah 
Lagu/Lirik: Putra Aiman 

Lagu yang ditujukan khas buat baginda Nabi Muhammad saw, dalam lagu ini kita dikehendaki untuk memperbanyakkan selawat ke atasnya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Narration II 

Yang ini pun sangat best bila mendengarnya, juga diselitkan dengan alunan zikir sebagai suara latar. 

Ratu Syahadah 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi & Putra Aiman 

Lagu ini berkenaan dengan permaisuri yang bernama Siti Asiah isteri kepada Raja Firaun yang sangat zalim & mengaku diri sebagai Tuhan. Siti Asiah yang berani juga kental demi mempertahankan iman yang ada dalam dirinya & berjaya menyelamatkan Nabi Musa A.S dari dibunuh oleh raja yang sangat kejam juga suaminya sendiri. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Wajah Dunia 
Lagu: Amaluddin 
Lirik: Zulraime & Isman 

Lagu ini sebearnya lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan Nada Murni & tajuk asalnya Dunia Yang Hodoh. Lagu ini berkenaan dengan apa yang terjadi dengan dunia hari ini, kekejaman, peperangan & sebagainya terus berlaku hingga ke hari ini, sama2 kita doakan agar selamat semuanya. Dari segi muziknya berentak sederhana & rancak. 

Nur Kasih 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan sebuah doa yang mana mengharapkan agar di kurniahakn isteri juga zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata & penawar di hati yang telah lama menyepi. Dari segi muziknya berentak slow & sangat best. 

Kasihmu Amanahku 
Lagu/Lirik: Abai Os 

Lagu ini berkenaan dengan cinta selepas nikah, banyak tanggungjawab yang harus di pikul bersama dalam mengharungi susah senang. Dari segi muziknya berentak slow & sangat sesuai untuk sesiapa yang dah mendirikan rumahtangga. 

Hijrah Satu Wawasan 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini berkenaan dengan hijrah dari satu tempat ke tempat yang lain, sebagai contoh Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Madinah demi menegeakkan agama islam, kita sebagai umat perlu adanya hijrah antaranya dari yang buruk kepada yang lebih baik lagi. Dari segi muziknya berentak rancak & penghayatannya sangat best. 

Epilog Rindu 
Lagu: Abai Os 
Lirik: Atie & Abai Os 

Lagu ini berkenaan dengan pertemuan & perpisahan dalam menjalinkan ukhwah, bila berjumpa kembali pastiya akan ingat kenangan2 lalu terutama yang terindah dalam kehidupan. Dari seg muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

'Ajibtu 
Lagu/Lirik: Copyright Control 

Sebuah lagu arab yang agak lama sebenarnya, namun nafas baru yang mereka bawakan dalam lagu ini cukup2 menyegarkan. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & sangat best. 

Narration III 

Satu lagu narration yang terakhir yang terkandung dalam album ini & sangat bermakna jika kita hayatinya dengan baik. Untuk pengetahuan, semua narration yang terkandung dalam album ini telah disampaikan oleh Ustaz Dini Juri. 

Bisikan Nurani 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Ito Lara 

Lagu ini sangat2 best & cukup popular pada ketika itu, tahniah atas karya yang di hasilkan serta penghayatannya cukup mendalam sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Ucapan: 

Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. 

0 comments:

Post a Comment