Thursday, July 9, 2015

Soutul Amal - Edisi Khas

Tajuk: Edisi Khas 
Artis: Soutul Amal 
Tahun: 2014 
Kandungan Lagu Dalam CD: 6 Track 
Kualiti Album: ***** bintang 

Cover Album: 

Cover yang sangat simple dengan warna yang cukup menyegarkan iaitu warna hijau yang dipilih sebagai tema, ucapan penghargaan & lirik lagu tiada didalamnya, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini & turut serta senarai lagu2 yang terkandung didalamnya. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 



 Jinggle: 

Lagu yang sesuai dijadikan sebagai intro pembukaan dalam album ini, dari segi muziknya lebih kepada semangat dengan bunyi drum yang dimainkan walau pun rentaknya agak slow.  

Bersatulah 
Lagu: Mohd Firdaus Sahidin
Lirik: Dato Mohd Asri Bin Muda

Sebuah lagu yang diberi nafas baru, asalnya lagu ini juga dalam album Berjihadlah tetapi dalam versi lama. Lagu ini mengajak kita untuk bersatu mempertahankan islam & sesuai dijadikan lagu tema. Dari segi muziknya sangat menyegarkan & sangat bagus. Lagu ini juga terdapat dalam versi acapella & bentuk minus one. 

Langkah Pejuang  
Lagu/Lirik: Mohd Firdaus Sahiddin

Lagu ini berkenaan dengan semangat perjuangan yang ingin diteruskan hingga berjaya, sentiasa tekad dalam berjuang tanpa berputus asa, dalam kita berjuang iman perlu dikuatkan agar tidak gentar apabila berhadapan dengan musuh terutamanya. Dari segi muziknya menggambarkan pejuangan sedang bermula & sesuai dijadikan lagu tema untuk kem & sebagainya. Lagu ini juga terdapat dalam versi acapella.  

Ucapan: 

Tahniah diucapkan atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment