Thursday, July 9, 2015

Koleksi Nasyid Indie Vol 2 - Nasyid Semesta

Tajuk: Koleksi Nasyid Indie Vol 2 - Nasyid Semesta 
Terbitan: Neurotic Studio
Tahun: 2011
Kandungan Lagu Dalam CD: 12 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna keseluruhan album ini iaitu warna ungu cerah di tengah2 & ungu gelap di atas serta dibawah dapat menyerikan lagi, jika diperhatikan balik ia tersangatlah cantik, di muka hadapan pula ada beberapa munsyid yang terlibat dalam album ini sama ada berkumpulan mahu pun solo, sungguh menarik sekali & ucapan penghargaan buat insan2 yang tersayang juga disebalik tabir album ini tidak terkecuali ada dalam album tersebut. 

Kualiti Keseluhan Lagu: *****5 Bintang 



Pesona Fana (Univoice)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan keduniaan yang sungguh mempesona hingga kita terlupa apa yang kita miliki di atas muka bumi ini, kita lupa yang dunia ini akan ditinggalkan & akan menuju ke alam akhirat jua akhirnya. Dari segi Muziknya agak rancak & di tambah dengan alat perkusi yang dimainkan. 

Ratu Hatiku (Readone)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu yang mengisahkan tentang wanita yang bergelar ibu, dialah segalanya & yang telah menjaga kita sejak lahir hingga kini, hargailah jasa juga pengorbanannya selama ini. Dari segi muziknya ditahap sederhana juga dapat dihayati dengan baik sekali. 

Curang (Feelhoney)
Lagu: Amin Feelhoney
Lirik: Hasbi Feelhoney
Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu yang mengisahkan tentang tipuan duniawi yang kita kecapi selama ini, segalanya akan berakhir dengan kehancuran akhirnya, Dari segi muziknya berentak slow tetapi dapat dihayati dengan sebaiknya.

Baru Kenal Cinta (Fine)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu ini mengisahkan berkenaan dengan perkenalan cinta yang baru nak bermula, si dia mengharapkan akan kehadiran insan yang dinantikannya. Dari segi muziknya agak rancak sekali & di kategorikan sebagai lagu cinta.  

Bahtera Persahabatan (Che An Dusuki)
Lagu/Lirik: Che An Dusuki
Susunan Muzik: Halim Ahmad & Roslan Paradise 

Sebuah lagu yang mengisahkan tentang persahabatan yang terjalin, namun perpisahan akan hadir jua akhinya, segala kenangan takkan di lupakan. Dari segi muziknya agak slow namun penghayatan dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Hijrah: Bytiey
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan hijrah nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah, penghijrahannya demi menegakkan agama islam & ia teguh hingga kini. Dari segi Muziknya ditahap yang sederhana namun lagunya seakan irama padang pasir. 

Cerita Cinta (Elhamz)
Lagu/Lirik: Elhamz
Susunan Muzik: Halim Ahmad
Bass: Roslan Paradise 

Lagu yang mengisahkan tentang cinta yang hadir dihati selepas perkenalan yang tak disangka, namun impian itu menjadi kenyataan untuk bersama hingga ke akhirnya selepas nikah. Dari segi muziknya ditahap yang sederhana & dapat dihayati bersama.

Isteri Buatku (Rahmat)
Lagu/Lirik: Rahmat
Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Sebuah lagu yang ditujukan khas untuk wanita yang bergelar isteri, susah senang dapat ditempuhi bersama suami tersayang. Dari segi muziknya ditahap yang sederhana & jadikanlah lagu ini sebagai hadiah buatnya terutama yang dah berumah tangga.  

Sahabat Dengarkan (Hilwan)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu ini menceritakan tentang persahabatan yang sebenarnya, dalam masa yang sama kita perlu kenangkan jasa-jasanya yang selama ini membantu & mengajarkan erti hidup dalam bersahabat. Dari segi muziknya agak rancak juga seperti mana lagu yang pertama tadi.  

Di Pangkuan Cinta-Mu (Rxeme)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad
Bass: Roslan Paradise 

Lagu yang mengisahkan berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt, apa jua yang diperlukan pastinya kita akan memohon kepadaNya agar tercapai jua akhirnya. Dari segi muziknya ditahap sederhana & ditambahkan dengan bunyi bass yang begitu menarik sekali. 

Serang Balas (R-iF)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu ini mengisahkan tentang cabaran yang ingin ditempuhi demi mencapai kejayaan yang di impikan walau pun rintangan jua halangan yang melanda namun usaha tetap diteruskan hingga berjaya akhirnya. Dari segi muziknya agak rancak namun dapat dihayati bersama. 

Pengabdi Cinta-Mu (Zulhimi feat. Halim Ahmad)
Lagu/Lirik/Susunan Muzik: Halim Ahmad 

Lagu yang banyak memberi pengajaran kepada semua, kita perlu mencintaiNya dengan sepenuh jiwa, sentiasa menyebut namaNya setiap masa dimana jua. Dari segi muziknya ditahap sederhana.

Ucapan:

Semoga dapat meneruskan perjuangan dalam industri nasyid dengan sebaiknya....

0 comments:

Post a Comment