Friday, July 10, 2015

Amar - Ramadhan Frozen

Tajuk: Ramadhan Frozen
Artis: Amar 
Lagu Asal: Let It Go-Frozen (Demi Lovato)
Lirik: Amar 
Tahun: 2014 
Kualiti Lagu: *****5 bintang

Amar atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman adalah seorang yang berkebolehan dalam berbagai bidang, antaranya artis nasyid, ahli silap mata & sebagainya, antara bakat yang yang ingin di ketengahkan ialah dalam bidang nasyid yang beliau ceburi dari dulu hingga sekarang. 


Apa yang menariknya beliau mampu mengubah lirik2 yang sering menjadi ikutan oleh sesiapa sahaja mengikut situasi masa, antaranya sebuah lagu yang asalnya dalam bahasa inggeris juga dinyanyikan oleh seorang artis luar negara iaitu Demi Lovato & lagu ini menjadi tema kartun Disney animasi yang berjudul Frozen.

Akhirnya lirik lagu ini telah pun berjaya dihasilkan oleh Amar yang berjudul Ramadhan (Frozen), sesuai dengan ketibaan bulan yang di nanti2kan oleh umat islam diseluruh dunia. 

Apa yang uniknya lirik lagu ini ia bercirikan islamik & Alhamdulillah jumlah penonton yang sudah melihat video ini melalui media sosial antaranya FB & youtube terutamanya mampu mencecah beribu atau berjuta yang menontonnya, tahniah di ucapkan. 

Dari segi vokal suara Amar amatlah luar biasa apabila beliau menyanyikan lagu ini kerana mampu membawakan nada suara yang tinggi tanpa ada pacah sekali pun, itulah kehebatan & kelebihan yang di miliki oleh beliau Alhamdulillah. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan, semoga suatu hari nanti dapat lagi menghasilkan lirik2 lagu yang asalnya bukan islamik kepada islamik & memberi kesan pada pendengar yang mendengarnya InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment