Monday, December 7, 2015

Devotees - Devotees

Tajuk: Devotees 
Artis: Devotees 
Tahun: 2005 
Kandungan Lagu Dalam Album: 10 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover album: 

Warna yang di gunakan untuk CD audio & kaset menggunakan warna yang sangat klasik dari muka hadapan sampai ke bahagian senarai lagu, untuk MTV karaoke pula menggunakan warna warni yang terkini bagi menceriakan lagi jika sesiapa yang memilikinya. Ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan, ucapan umum untuk semua juga di selitkan dengan biodata setiap ahli kumpulan tersebut & di sebalik tabir nama2 yang terlibat turut berada dalam album ini. Dari segi vokal kesemua ahi kumpulan sangatlah mantap. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 




Tika Dinihari 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Frizdan 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba Allah yang sering bermunajat kepadaNya di tengah malam & memohon agar di ampunkan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya di selang selikan dengan rentak slow & sederhana serta dapat dihayati dengan penuh keinsafan. 

Mencari Cinta 
Lagu/Lirik: Yasin 

Sebuah lagu yang menceritakan tentang pencarian cinta yang sebenarnya dalam mengharungi kehidupan, lagu ini meere berkolebrasi dengan penulis serta pencipta lagu ini sendiri iaitu saudara Yasin Sulaiman & dalam masa yang sama di selitkan dengan rap yang sangat best. Dari segi muziknya sangat rancak. 

Mahar Cinta 
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Atie 

Lagu ini berkenaan dengan cinta selepas nikah, kebahagiaan yang di impikan akhirnya tercapai jua. Dari segi muziknya di tahap yang sederhana. 

Sahabatku 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Frizdan 

Lagu ini berkenaan dengan ukhwah yang terbina dalam persahabatan, susah senang di harungi bersama dalam mencapai cita2 yang di inginkan. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Alpha  
Lagu: Yasin 
Lirik: Yasin, Akhbar, Muhammad (Devotees) & Wan Shah 

Lagu ini berkenaan dengan apa yang terjadi di dunia ini, berbagai ragam manusia dalam mengharungi liku2 kehidupan terutama di zaman sekarang. Lagu ini juga mereka berkolebrasi dengan saudara Akhbar & di selitkan dengan rap yang sangat berguna pada semua. Dari segi muziknya agak sedikit slow. 

Keksasih 
Lagu/Lik: Arredza  

Lagu ini sangat menyentuh hati & perasaan bagi sesiapa yang mendengarnya, ia berkenaan dengan pasangan kekasih yang mahu hidup bahagia bersama namun hajat itu tidak kesampaian kerana kekasaih hatinya telah pergi buat selamanya. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Luahan Rindu 
Lagu: G-Nola 
Lirik: Syamer 

Lagu ini berkenaan dengan nostalgia dalam persahabatan selepas perpisahan berkalu, namun luahan itu pengubat rindu buat semua. Dari segi muziknya di tahap yang sedikit rancak & sangat best. 

Hijrah Menuju Allah 
Lagu: Bakarfro 
Lirik: Zakaria Sungib 

Lagu ini berkenaan dengan hijrah, dalam kehidupan kita perlu berhijrah dari yang kurang kepada yang lebih baik lagi sepertimana hijrah Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah demi menegakkan agama islam. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 

Lament 
Lagu/Lirik: Waheeda 

Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa inggeris & dari segi muziknya sangat rancak. 

Tragedi Diana 
Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 

agu ini berkenaan dengan seorang wanita yang sangat cantik & di gilai oleh ramai pemuda, namun ia tetap tabah mengharungi kehidupan serta cabaran. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment