Tuesday, December 22, 2015

Imam Shazly - Cintaku Hanya Satu

Tajuk: Cintaku Hanya Satu 
Artis: Imam Shazly 
Tahun: 2013 
Kandungan Lagu Daam CD: 6 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Warna yang di gunakan untuk muka hadapan & bahagian lirik menggunakan warna putih krim sebagai latar belakang, manakala bahagian ucapan, disebalik tabir & senarai lagu menggunakan warna coklat sebagai latar belakang. Ucapan penghargaan, di sebalik tabir juga susunan lirik yang kemas turut berada dalam album ini, manakala dari dari segi vokal suara yang di sampaikan oleh beliau sangatlah mantap. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 





Cintaku Hanya Satu 
Lagu/Lirik: Imam Shazly 

Lagu ini sangatlah tersentuh kerana ia berkenaan dengan seorang hamba yang rindu & cinta kepada Tuhan Yang Maha Satu sertaq berdoa dengan penuh pengharapan agar cinta dia fiterima olehNya, di samping itu di selitkan alunan zikir. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat simple. 

Brothers & Sisters
Lagu: Imam Shazly 
Lirik: Imam Shazly & Aida 

Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa inggeris & sangat best, Dari segi muziknya sedikit slow. 

Allah Ya Mahsyar 
Lagu: Imam Shazy 
Lirik: Copyright Control 

Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa arab, ia sebenarnya sebuah doa. Dari segi muziknya berentak sedikit slow juga & sangat simple. 

Islam Means Peace 
Lagu: Imam Shazly 
Lirik: Copyright Control 

Lagu ini juga dinyanyikan dalam bahasa inggeris, ia di selangselikan dengan zikir. Dari segi muziknya juga berentak slow & sangat simple. 

Zikir Terukir 
Lagu/Lirik: Imam Shazly 

Lagu ini berkenaan dengan hamba Allah yang menghap kepadaNya agar di ampunkan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya juga berentak sedikit slow & juga sangat simple. 

Doa 

Sebuah doa taubat yang sangat menyentuh hati & di selitkan dengan alunan muzik yang sangat syahdu. 

Ucapan: 

Tahniah buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment