Monday, December 21, 2015

Hufaz - Kembali Pada Asas

Tajuk: Kembali Pada Asas 
Artis: Hufaz 
Tahun: 2012
Kandungan Lagu Dalam CD: 5 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album:

Warna utama yang di gunakan sebagai Latar Belakang album ini keseluruhannya iaitu warna putih di bahagian atas, manakala di bahagian bawah menggunakan warna ungu & biru laut, di bahagian ucapan penghargaan, muka hadapan & di sebalik tabir pastinya ada ahli2 kumpulan ini, manakala bahagian irik hujung sekali belah kanan ada juga gambar mereka semua. Ucapan penghargaan dari mereka buat semua, di sebalik tabir nama2 yang terlibat & susunan lirik yang sangat kemas turut berada dalam album ini. Dari segi vokal kesemua ahli kumpulan ini sangatlah mantap. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 




Khusyuk
Lagu/Lirik: Pakli

Lagu ini berkenaan dengan solat 5 waktu yang wajib kita semua tunaikan, ia mengajak kita untuk menyegerakan solat apabila waktu azan sudah berkumandang, jika kita solat sudah pasti hati & jiwa akan tenang selepas itu. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best. 

Idolaku
Lagu/Lirik: Pakli  

Lagu ini berkenaan dengan kekasih Allah yang sangat kita rindui selepas mergiannya iaitu Nabi Muhammad SAW, dalam lagu ini juga mengajak kita semua untuk berselawat kepadanya & jadikan ia sebagai idola kita semua. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Zikir Rahsia
Lagu/Lirik: Hj Rozman

Lagu ini mengajak kita semua untuk sama2 berzikir kepadaNya & dalam zikir inilah menjadi amalan setiap hari juga menjadi keistimewaan rahsianya bila kita selalu amalkannya. Dari segi muziknya juga berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ingatlah Allah
Lagu/Lirik: Pakli  

Lagu ini mengajak kita semua untuk mengingatiNya selau, dalam lagu ini di selitkan dengan sifat 20 yang wajib kita ketahui, Dari segi muziknya berentak sedikit sow & sesuai untuk semua.

Kurnia SaktiMu 
Lagu/Lirik: Pakli 

Lagu ini memberi keinsafan kepada semua kerana ia berkenaan Tuhan telah menciptakan makhluk di muka bumi ini. Dari segi muziknya berentak sedikit slow serta dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment