Monday, December 21, 2015

Syed Samudera - Jihad

Tajuk: Jihad 
Artis: Syed Samudera 
Tahun: 2013 
Kandungan Lagu Dalam CD: 5 Track 

Cover Album: 

Warna yang di gunakan dalam cover album ini untuk bahagian depan warna kuning air, manakala bahagian lirik pula menggunakan warna biru seakan hijau. Ucapan Penghargaan, di sebalik tabir nama2 yang terlibat & susunan irik yang sangat kemas turut berada dalam album ini & dari segi vokal sangat mantap, sebelum berhijrah beliau merupakan salah seorang ali kumpulan rock yang di beri nama Samudera. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 




Jalan Cahaya 
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin mencari cahaya kebenaran dalam menempuhi kegelapan dalam kehidupannya seepas melakukan dosa2nya yang lalu & lagu ini beliau berkolebrasi dengan kumpulan Hufaz. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Jihad Diri 
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini mengajak kita semua untuk berjihad dalam diri supaya terhindar dari segala permusuhan yang menyerang seperti arak, judi & sebagainya, sama2lah kita hindarkan semua ini. Dari segi muziknya berentak rancak. 

Keinsafan 
Lagu/Lirik: Syed Samudera 

Lagu ini mengajak kita semua untuk insafkan diri dari segala dosa2 yang dah kita lakukan di dunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana 

Maha Kuasa 
Lagu/Lirik: Syed Samudera 

Lagu ini berkenaan dengan doa kita kepadaNya & kita kena sedar Dialah Yang Maha Kuasa atas segalaNya. Dari segi muziknya berentak sedikit slow. 

Nasihatku 
Lagu/Lirik: Syed Samudera 

Lagu ini sangat berguna pada semua, ia berkenaan apa yang ingin kita sampaikan pada semua untuk melakukan perkara yang baik di dunia ini. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan ingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment