Tuesday, December 22, 2015

Safiya - Paksi

Tajuk: Paksi 
Artis: Safiya 
Tahun: 2012 
Kandungan Lagu Dalam CD: 5 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 

Cover Album: 

Dari segi cover album menggunakan warna warni sebagai latar belakang, muka hadapan menggunakan warna coklat yang hampir menjadi warna oren, manakala di bahagian lirik pula menggunakan ungu kebiruan. Ucapan penghargaan, di sebalik tabir nama2 yang terlibat, susunan lirik yang kemas turut berada dalam album ini. 

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 





Cinta Muallaf
Lagu/Lirik: Hj Rozman  

Lagu ini berkenaan dengan hamba2 Allah yang dulunya belum mendapatkan hidayah olehNya kini telah memilih untuk memeluk islam sebagai agama yang indah & di cari selama ini. Dari segi muziknya berentak sederhana. 

Jalan Cahaya
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang ingin mencari cahaya dalam menyuluh kegelapan diri, dia memohon agar dapat menemuinya & akhirnya doanya di makbulkan jua. Dari segi muziknya berentak sederhana.  

Paksi
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah swt & lebih mendekatkan lagi diri ini kepadaNya. Dari segi muziknya berentak sedikit slow. 

Kembara Kabilah Akhir Zaman
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini berkenaan dengan Rasulullah saw yang kita cintai, kerinduannya tak dapat kita gambarkan selepas ia pergi buat selamanya. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak. 

Dari Ruang Lain
Lagu/Lirik: Hj Rozman 

Lagu ini berkenaan dengan apa yang ada di atas muka bumi ini & setiap manusia pasti merasa semua ini, jadi sama2lah fikirkan. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment