Tuesday, January 12, 2016

Seventh Musafir - Jom Ke Masjid

Tajuk: Jom Ke Masjid
Artis: Seventh Musafir
Tahun: 2013
Kandungan Lagu Dalam CD: 7 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna yang di gunakan pada album ini sangat klasik iaitu warna coklat sebagai latar belakang, di samping itu di serikan dengan 7 orang ahli dalam kumulan ini dari muka hadapan sampai ke senarai lagu. Ucapan penghargaan buat semua, di sebalik tabir nama2 yang terlibat dalam menjayakannya serta susunan lirik yang agak kemas turut berada dalam album ini. Keseluuhan lagu dalam album ini sebenarnya di rakamkan secara langsung.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Jom Ke Masjid
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Lagu ini sememangnya mengajak kita semua untuk ke masjid menunaikan solat 5 waktu berjemaah, di samping itu dapat mendengar kuliah fardhu, ceramah & sebagainya. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Palestine Berdarah
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Lagu ini agak tersentuh liriknya kerana ia berkenaan dengan apa yang terjadi dengan umat islam di Palestin yang di siksa oleh rejim zionis laknatullah hinnga menyebabkan bumi itu dipenuhi darah yang mengalir. Dari segi muziknya berentak sedikit slow.

Musafir Ilallah
Lagu : Atan Kecik
Lirik : A Malek

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang bermusafir ke jalanNya & berharap dirinya akan di lindungi olehNya sambil berzikir. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Semesta Bertasbih
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Lagu ini berkenaan dengan keindahan alam semesta yang di ciptakan olehNya, dalam masa yang sama kita juga hendaklah bersyukur kerana dapat melihat alam ini dengan sebaiknya serta sama2 berzikir & bertasbih memujiNya. Dari segi muziknya berentak slow.

Fatamorgana
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Lagu ini mengingatkan kita bahawa hidup di alam dunia ini hanya sementara waktu & kita tak tahu bila masanya kita di panggil kelak. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak.

Sepertiga Malam
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Lagu ini berkenaan dengan hamba yang sering bangun di sebertiga malam untuk bersujud kepadaNya & sering memohon kepadaNya agar di ampunkan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak sederhana.

Hasbi Robbi
Lagu: Atan Kecik
Lirik: A Malek

Sebuah zikir yang sering kita hafal setiap masa kerana itulah yang jadi amalan seharian dalam kehidupan ini & di selitkan dengan maknanya sekali. Dari segi muziknya berentak ssedikt slow.

Ucapan:

Tahniah di ucapan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment