Friday, January 22, 2016

Soutul Amal - Murabbi Ummah

Tajuk: Murabbi Ummah 
Artis: Soutul Amal 
Tahun: 2015 
Kandungan Lagu Dalam CD: 7 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Cover album ini sangatlah simple & sangat padan dengan album yang mereka terbitkan ini. Warna yang di gnakan pada cover album ini iaitu hjau yang hampir menjadi kuning, merah & meroon. Dimuka hadapan adanya 4 orang ahli kumpulan ini serta seorang kanak2 yang sangat comel di situ. Manakala diselitkan juga dengan logo Soutul Amal & di atasnya di selitkan dengan serangkap lirik lagu yang menjadi tajuk album ini. Ucapan penghargaan & lirik tiada di sertakan, yang ada hanya senarai lagu & disebalik tabir nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini saja. 



Kualiti Keseluruhan lagu: *****5 bintang 








Murabbi Ummah 

Lagu: Alfa Booty Kesuma 
Lirik: Mohd Firdaus Sahiddin 


Lagu ini sangat menyentuh hati & perasaan bila mendengarnya kerana ia berkenaan dengan seorang murabbi yang sangat kita sayangi selama hayatnya di dunia ini. Lagu ini sebenarnya tribute untuk Allahyarham TG Haji Nik Abdu Aziz Nik Mat (Mantan Menteri Besar Kelantan). Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Kita Semua Al-Qassam 

Lagu/Lirik: Firdaus Sahiddin 


Lagu ini berkenaan dengan pejuangangan yang harus dicontohi bagi menentang musuh2 Allah, pada permulaan intro agak menggerunkan & boleh menaikkan semangat kepada sesiapa yang mendengarnya. Dari segi muziknya juga berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Langkah Pejuang 

Lagu/Lirik: Mohd Firdaus Sahiddin 


Lagu ini berkenaan dengan semangat perjuangan yang ingin diteruskan hingga berjaya, sentiasa tekad dalam berjuang tanpa berputus asa, dalam kita berjuang iman perlu dikuatkan agar tidak gentar apabila berhadapan dengan musuh terutamanya. Dari segi muziknya menggambarkan pejuangan sedang bermula & sesuai dijadikan lagu tema untuk kem & sebagainya. 



Bersatulah 

Lagu: Mohd Firdaus Sahidin
Lirik: Dato Mohd Asri Bin Muda 


Sebuah lagu yang diberi nafas baru, asalnya lagu ini juga dalam album Berjihadlah tetapi dalam versi lama. Lagu ini mengajak kita untuk bersatu mempertahankan islam & sesuai dijadikan lagu tema. Dari segi muziknya sangat menyegarkan & sangat bagus.  



Al-Amalulillah: 

Lagu/Lirik: Hussin Bin Ismail


Lagu ini telah pun diber nafas baru dari segi vokal, ceritanya hampir sama dengan lagu Semarak Perjuangan, sentiasa ikhlaskan diri untuk beramal hanya kerana Allah. Dari segi muziknya pula telah pun di ubah suai bagi memantapkan lagi, tetapi ditahap yang sederhana.  



Doa Wehdah

Lirik: Copyright Control 


Doa ini sentiasa dibacakan untuk memohon kepadaNya agar memberi kemenangan kepada islam khasnya. 



Murabbi Ummah (Instrumental) 



Lagu ini juga ada dalam bentuk minus one & memudahkan anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri.



Ucapan: 



Tahniah diucapkan atas penerbitan album dengan jayanya & teruskan perjuang seua hingga ke akhirnya. 

.

0 comments:

Post a Comment