Monday, February 1, 2016

Fourwords - Kasih Ibu

Tajuk: Kasih Ibu
Artis: Fourwords
Tahun: 2014
Kuaiti Lagu: *****5 bintang
Lagu/Lirik: Jazmin Zakaria & Zhizen Azarie

Sepertimana yang kita ketahui umum setiap tahun pastinya ada kumpulan nasyid baru yang ingin bersama dalam industri nasyid, kali ini ada satu kumpulan yang di tubuhkan 3 tahun lepas iaitu kumpulan "Fourwords".

INFO KUMPULAN

Fourwords (4Words) merupakan sebuah kumpulan nasyid kontemporari yang lahir daripada sebuah kelab nasyid UiTM Dungun iaitu ‘Group Entertainment of Muslim Arts’ ataupun dikenali sebagai GEMA. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan terdiri daripada 4 pelajar jurusan Electrical Engineering iaitu Wafiy, Hanan, Azrin dan Izat. Fourwords sudah pun mempunyai ‘Single’ yang bertajuk ‘Kasih Ibu’ yang telah berada di radio-radio RTM seluruh Malaysia dan radio kampus iaitu MyU fm. ‘Bayi sulung’ Fourwords itu juga telah dicipta oleh salah seorang penasihat GEMA iaitu En. Jazimin bin Zakaria dan susunan muzik oleh Alif Azahari yang pernah menyertai Akademi Nasyid pada tahun 2008.

VISI:
Melestarikan kesenian nasyid sebagai hiburan yang mengagungkan keesaan Ilahi.


MISI:
Komited dalam memberi nafas baru dalam kesenian alunan nasyid.


OBJEKTIF:
Rasionalnya, penubuhan kumpulan Fourwords adalah untuk melebarluaskan hiburan nasyid yang hampir ditinggalkan oleh anak-anak muda sekaligus menanamkan sifat ketuhanan dalam diri generasi abad ini.




Ulasan Lagu:

Buat pertama kalinya mereka telah menerbitkan sebuah lagu single terbaru ini yang berjudul "Kasih Ibu". Lagu ini berkenaan dengan pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkan serta menjaga hingga kita dewasa hari ini, sungguh tak terbalas jasanya buat kita & hormatilah dia. Dari segi muziknya berentak slow & penghayatannya sangat mendalam.

Kepada sesiapa yang belum dengar lagi single lagu ini bolehlah klik link di youtube ini. https://www.youtube.com/watch?v=yY6v482-_4w

Ucaan:

Tahniah di ucapkan atas penerbita single ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.


0 comments:

Post a Comment