Wednesday, February 10, 2016

Fitri Haris - Garis Takdir

Tajuk: Garis Takdir
Artis: Fitri Haris
Tahun: 2016
Kandungan Lagu: 10 Track
Kualiti Abum: *****5 bintang

Cover Album:

Warna biru langit di pilih sebagai warna utama latar belakang & menyerikan album ini. Ucapan penghargaan buat semua, nama2 yang terlibat dalam sebalik tabir, susunan lirik yang sangat kemas juga turut berada dalam album ini & tulisannya di terangkan agar orang lain mudah melihatnya. keseluruhan vokal yang di lontarkan daam semua lagu sememangnya terbaik.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Garis Takdir
Lagu/Lirik: DeFirdausi Entertainmen

Sebuah lagu yang menyentuh perasaan bila mendengarnya, lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang sanggu menerima segala ujian & takdir yang telah di tentukan ke atasnya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Epilog Seorang Manusia
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Lagu ini berkenaan dengan ragam manusia di atas muka bumi ini, berbagai dugaan yang harus di tempuhi. Dalam lagu ini beiau berkolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat mudah bila hafal lirik lagu ini. Lagu ini sering di mainkan di corong2 radio.

Segala Puji
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Lagu ini berkenaan dengan puji2an kepadaNya yang telah menjadikan berbagai makhluk yang ada di atas muka bumi ini & lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya berentak slow & sangat simple sekali.

Gapai
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Lagu ini berkenaan dengan harapan & impian yang ingin di gapai suatu masa nanti, namun tak semua yang mamampu, tetapi bila di usahakan pasti akan menjadi kenyataan juga & lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak.

Munajat Hati
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Sebuah zikir yang sangat indah bila mendengarnya di samping itu dapat memuji kebesaranNya tak kira di mana jua & lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan saudara Shahril serta Izzat Mahadi. Dari segi muziknya berentak sedikit slow & agak simple, melodinya ada kelainan yang di bawakan.

Tekad Diri
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Lagu ini berkenaan dengan perjuangan yang harus diteruskan walau pun berbagai ujian yang melanda, tak pernah putus asa hingga mencapai kejayaan yang di inginkan & lagu ini juga beliau berkolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya sangat rancak & ada semaagat bila mendengarnya.

Airmata Mujahidin
Lagu: Fitri Haris Lirik: Fitri Haris, Faizal Hijjaz & Amir Shupaat

Lagu ini sanagt menyentuh perasaan bila mendengarnya kerana ia berkenaan dengan pejuang2 islam yang berani berjuang menentang musuh Allah demi menegakkan agama islam di muka bumi ini, namun syahid mengiringi mereka untuk menuju ke syurga. Dari segi muziknya berentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Sedar
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang menyedari akan kesilapannya yang lalu, lantas memohon doa agar di ampunkan dosa2nya yang di lakukan selama ini & sekali lagi beiau berkolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Nuzul Furqan
Lagu/Lirik: Pito' Inheart

Lagu ini berkenaan dengan turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad pada 17 Ramadhan iaitu Al-Quran kitab suci yang mulia & ia sangat berguna kepada kita sebagai umat islam hingga kini. Lagu ini beliau berkolebrasi dengan saudara Shahril, Fuad, Hafiedz, Amir & Izzat Mahadi. Dari segi muziknya berentak rancak serta dapat di hayati dengan sebaiknya.

Cinta Hakiki
Lagu/Lirik: Epy Shafik & Fitri Haris

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba dalam mencari cinta yang sebenar & kekal buat selamanya, namun dia akur dengan apa yang terjadi & memohon agar diri ini dekat padaNya sentiasa. Lagu ini juga beliau bekolebrasi dengan saudara Shahril. Dari segi muziknya sangat rancak serta dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini sering di mainkan di corong2 radio.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.


0 comments:

Post a Comment