Tuesday, February 2, 2016

Suhaimi Saad - Maksud Hidup

Tajuk: Maksud Hidup
Artis: Suhaimi Saad
Tahun: 2015
Kandungan Lagu Dalam CD: 8 Track
Kualiti Albuum: *****5 bintang

Cover Album:

Warna utama yang di gunakan sebagai latar belakang iaitu warna putih, manakala warna hijau & biru menjadi hiasan agar cover ini nampak berseri. Ucapan penghargaan tiada di sertakan, di sebalik tabir nama2 yang terlibat dalam menjayakannya serta susunan lirik yang sangat kemas turut berada dalam album ini.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Hasbi Rabbi
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah zikir yang di alunkan tersangatla indah & mudah di ikuti bersama, namun ada sedikit kelainan dari segi melodinya & susunan muzik yang menyegarkan walau pun berentak sederhana.

Astaghfirullah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah zikir istighfar yang sangat menyentuh hati, dalam masa yang sama boleh menghapus dosa2 yang telah kita lakukan setelah kita mengamalkan zikir ini. Dari segi muziknya berentak slow.

Cinta Sidna
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Ito Lara

Lagu ini berkenaan dengan cinta & kasih Rasulullah kepada umatnya, berbagai rintangan yang di lalui ketika hayatnya maih ada sehingga dia pergi buat selamanya. Dari segi muziknya berentak sederhana & sedikit rancak serta dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ilahi Lastu Lilfirdaus
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah doa taubat yang sering kita hafal, namun kali ini ada kelainan dari segi muziknya menjadikan ia sangat unik. Dalam masa yang sama perlu di hayati bersama agar dapat mengambil pengajaran.

Cinta Mu
Lagu/Lirik: Suhaimi Saad

Sebuah lagu & lirik hasil ciptaan beiau sangat mendalam sebenarnya, lagu ini berkenaan cinta kita sebagai hamba kepadaNya & patuh pada perintahNya. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Nour El Anwar
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagi zikir yang perlu kita amalkan kerana inilah yang terbaik, dari segi melodinya ada kelainan dari yang selalu kita alunkan. Muziknya pula berentak sederhana.

Subhanallah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah alunan zikir yang memuji kebesaran & keagunganNya yang sering juga kita amalkan setiap masa. Dari segi muziknya berentak sedikit slow serta sangat simple

Maksud Hidup
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang inginkan jawapan yang sebenarnya erti maksud kehidupan yang laluinya di dunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua di atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment