Thursday, October 22, 2015

Saujana - Saujana 5 Bintang

Tajuk: Saujana 5 Bintang 
Artis: Saujana 
Tahun: 2003 
Kandungan Lagu Dalam Album: 16 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album:



Cover album ini agak berwarna warni namun menggunakan warna ungu sebagai warna utama. Cover album ini agak bersaiz besar seperti mini poster & perlu dilipat banyak kali.Dalam cover album ini hanya mengandungi 2 lirik lagu iaitu lagu “Lakaran Minda & juga Damai Yang Hilang” & ruangan selebihnya di penuhi dengan ruangan ucapan penghargaan dari setiap ahli Saujana & juga dari syarikat penerbitan. Dibahagian dalam album ini juga di penuhi dengan gambar2 Saujana & juga gambar-gambar cover album Saujana yang terdahulu dan juga satu gambar Saujana yang sangat besar memenuhi helaian cover di bahagian dalam lipatan. Walaupun album ini tidak mempunyai lirik lagu,namun maklumat lengkap mengenai pencipta lagu juga penulis lirik tetap di sertakan di bahagian belakang cover Album di bahagian senarai lagu yang terkandung dalam album ini. Walaupun kesemua  tulisan bahagian cover ini agak kecil, namun masih tetap jelas di baca. Album ini juga terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Lakaran Minda

Lagu: Aidit
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan impian & harapan didunia ini, sanggup hidup dalam kesusahan demi kebahagiaan bersama, Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.



Suci Sekeping Hati

Lagu: Allahyarham Zarie
Lirik: Pahrol Md Juoi 


Lagu ini menceritakan tentang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran, walau ujian yang melanda tetap ditempuh jua akhinya. Dari segi muziknya sedikit slow & tetap dihayati dengan baik. 



Nur Malam

Lagu : Azalinor
Lirik : Hakimi 


Lagu ini berkenaan dengan keinsafan & sentiasa berharap agar di ampunkan segala dosa2 yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow. 



Rahsia

Lagu: Shah & Mujahid
Lirik: Jeff Hazimin & Shah 


Lagu ini berkenaan dengan rahsia dalam kehidupan kerana kita tidak tahu bilakan tiba masanya rahsia itu akan terbongkar, bila sudah terbongkar maka barulah tahu & sedar siapa yang hadir sebenarnya. Dari segi muziknya berentak sederhana & uniknya  muzik itu berkonsepkan pop. 



Jendela Hati

Lagu: Mujahid
Lirik: Pahrol Md Juoi 


Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan Anugerah SMAKL, ia berkenaan dengan keindahan & kehidupan yang di impikan selama ini. Dari segi muziknya berentak rancak. 



Keluarga Bahagia

Lagu/Lirik: Jeff Hazimin 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, agak tersentuh bila hayati lirik lagu ini & sangat popular dikalangan peminat yang seringkali hafal lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana. 



Damai Yang Hilang

Lagu: Mujahid
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini pernah di popularkan oleh kumpulan Nowseeheart, ia berkenaan dengan peperangan yang berlaku & mengimpikan kedamaian yang di cari agar dapat hidup dengan tenang serta aman. Dari segi muziknya beentak slow. 



Bulan Bintang

Lagu/Lirik: Jeff Hazimin 


Lagu ini berkenaan dengan keindahan di waktu malam kerana adanya cahaya yang menyinari & membuatkan diri ini rasa kagum dengan alam ciptaanNya. Dari segi muziknya berentak sederhana. 



Padamu Selamanya

Lagu/Lirik: Idzwan 


Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang tak tentu arah tujunya, namun akhirnya dia memohon kepadaNya atas kesilapannya selama ini. Dari segi muziknya berentak slow. 



Sepohon Kayu

Lagu/Lirik: Copyright Controlled 


Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan Nada Murni, ia berkenaan dengan pentingnya sembahyang 5 waktu yang wajib kita tunaikan setiap hari, Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat popular dikalangan peminat yang seringkali nyanyikan lagu ini. 



Usia Antara Masa

Lagu: Aya
Lirik: Ucu 


Lagu ini berkenaan dengan usia kita dalam kehidupan & masa yang sangat penting kita ikuti agar dapat berbuat kebaikan di dunia ini. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya. 



Rahmat Kasihmu

Lagu: Alwi Derin
Lirik: Gurindam Cipta 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan agar di kurniakan rahmat & kasih sayang dariNya serta mendapan pengampunan olehNya. Dari segi muziknya berentak sederhana. 



Keluarga Bahagia II 

Lagu/Lirik: Kamal Halim 


Lagu ini menggambarkan bahagianya keluarga yang di cari selama ini dengan penuh kasih sayang. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat di hayati dengan sebaiknya. 



Sendiri

Lagu/Lirik: Mujahid 


lagu ini memberi kesedahran pada semua bahawa pentingnya hidup berdikari kerana suatu masa nanti kita juga akan hidup sendirian tanpa bantuan dari sesiapa. Dari segi muziknya berentak sederhana. 



ntara Dua Cinta (Minus One)

Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Pahrol Md Joui 


Lagu ini terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri. 



Jendela Hati (Minus One)


Lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri. 


Ucapan: 



Tahniah di ucapan buat semua kerana telah berjaya menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment