Thursday, October 22, 2015

Hafiz Hamidun - I Love Rasulullah

Tajuk: I Love Rasulullah 
Artis: Hafiz Hamidun 
Tahun: 2015
Kandungan Lagu Dalam CD: 9 Track  
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Cover yang sangat cantik kerana di bahagian muka hadapan menggunakan warna ungu lembut, manakala di bahagian lirik pula setiap lagu berlainan warna seperti hijau, oren & ungu. Ucapan penghargaan buat semua, ucapan penghargaan dari beliau serta nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini turut menyerikan lagi agar album ini lengkap dengan sempurna. Album ini keseluruhannya berkenaan dengan kehidupan Rasulullah saw semasa hayatnya didunia ini & lagu yang di sampaikan berkonsepkan nasyid serta pemantapan vokal suara dari beliau (Hafiz Hamidun) memang tak dinafikan sebenarnya. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Penyelamat 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Lagu ini berkenaan dengan kelahiran nabi Muhammad & baginda tabah dalam mengharingi cabaran demi menyelamatkan umatnya juga sebagai contoh ikutan pada semua menuju ke jalan yang benar. 



Habib 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Lagu ini pernah dimuatkan dalam album Zikir Terapi Diri 2 yang diterbitkan pada tahun 2013. Ia berkenaan dengan luahan cinta kita kepada baginda, disamping itu ia diselitkan dengan selawat ke atasnya & kita hendaklah selalu berselawat agar kita juga mendapat syafaat olehnya di sana nanti. 



Bukti Cintaku

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Fedtri Yahya 


Lagu ini berkenaan dengan kerinduan kita terhadapnya & membuktikan kecintaan yang sebenarnya, tak dapat bayangkan jika baginda masih ada lagi pastinya kita juga akan rasa gembira & bedrdoaklah agar kita dapat dipertemukan dengannya suatu masa nanti. 



Lawkana Bainana 

Lagu: Copyright Control 
Lirik: CopyrightControl & Hafiz Hamidun 


Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Abd. Rahman Mohammed dalam bahasa arab, kemudiannya lagu ini telah diberi nafas baru oleh beliau & diselitkan dengan lirik yang berbahasa melayu. Sugguh menyentuh hati bila mendengar lagu ini sebenarnya. 



Kasih Padamu 

Lagu: Hafiz Hamidun 
Lirik: Fedtri Yahya 


Lagu ini berkenaan dengan kasih kita kepada baginda tanpa henti dengan berselawat ke atasnya & mengenangkan jasanya setiap kali mengingatinya. Lagu ini sebenarnya sudah 3 kali di ubah suai dari segi muzik, suara latar & yang dimuatkan dalam album ini adalah versi yang terbaru sekali. 



Sollu 'Ala Khairil Anam 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Lagu ini juga pernah dinyanyikan oleh Abd. Rahman Mohammed dalam bentuk qasidah. kini lagu ini telah pun diberi nafas baru dalam album ini. 



Pemergian Rasul 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Lagu ini pernah dimuatkan dalam album beliau yang berjudul Sirah Teragung. Lagu ini terangatlah tersentuh kerana ia berkenaan dengan saat kewafatan baginda, seluruh alam & manusia turut menangsi pemergiaannya buat selamanya di alam sana.



Ya Rasul 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Lagu ini pernah dimuatkan dalam album keduanya yang berjudul syukran, ia berkenaan dengan kenangan baginda bersama dengan umatnya semasa hayatnya & dalam lagu ini diselitkan dengan doa agar diberikan syafaat olehnya di sana nanti. 



Tola'al Badru 'Alaina 

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 


Sebuah lagu yang berentak selawat & sepertimana yang kita ketahui selawat inilah yang menjadi permulaan apabila baginda di sambut dengan meriah ketika tiba di Kota Madinah selepas berhijrah dari Kota Mekah serta selawat ini antara yang termahsyhur sekali sehingga kini. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan atas penerbitan album ini dengan jayanya & teruskan usaha dakwah melaui nasyid hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment