Friday, October 30, 2015

Are Buddy - Kalam Warisan

Tajuk: Kalam Warisan
Artis: Are Buddy
Tahun: 2009
Kandungan Lagu Dalam CD: 10 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna pada latar belakang album ini menggunakan warna merah & hitam, di tambah pula dengan 4 orang ahli dalam kumpulan ini di muka hadapan. Ucapan penghargaan buat semua, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik yang sangat kemas turut berada didalamnya.

Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang





Takhta Bonda
Lagu/Lirik: Afif

Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang bergelar ibu, sangat menyentuh sesiapa yang mendengarkan lagu ini & memberi pengajaran pada semua. Dari segi muziknya berentak sedikit rancak.

An-Nida’ U Minal A’ Mak
Lagu/Lirik: Mashitah Tumpang

Sebuah lagu yang berhasa arab berkenaan dengan kelebihan al-quran, sebeum lagu ini dimulakan ada diselitkan dengan sebuah sajak dalam bahasa melayu, Dari sedi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Lukisan Rindu
Lagu/Lirik: Afif

Lagu ini sangat menyentuh hati & perasaan kerana ia berkenaan dengan kerinduan pada insan yang selalu kita kenangi setiap masa, dialah Rasulullah SAW yang di maksudkan itu. Dari segi muziknya berentak sederhana & seringkai di mainkan di corong2 radio.

Lapangan Perjuangan
Lagu/Lirik: Tanzizi

Lagu ini berkenaan dengan perjuangan yang harus diteruskan dalam mencapai cita2 yang di impikan hingga berjaya akhirnya, sentiasa berharap kepadaNya agar semuanya tercapai. Dari segi muziknya sedikit rancak.

Uwais Al-Qarni
Lagu: Shaza
Lirik: Syahid/ Jamal Qurtubi

Lagu ni berkenaan dengan seorang insan yang sagat zuhud dalam kehidupannya, seorang sahabat di kira sebagai Tabin, hidup sezaman dengan Nabi tapi tak pernah berjumpa dengan Nabi, dia sangat terkenal di langit & low profi di muka bumi. Dari segi muziknya berentak slow serta dapat dihayati dengan sebaiknya.

Muslimah Sejati
Lagu/ Lirik: Fadhli

Lagu ini sesuai buat insan yang bernama wanita, ciri2 wanita yang bergelar musimah sangat padan kerana banyak keistimewaannya. Dari segi muziknya berentak rancak & sangat best.

Faqirnya Aku
Lagu/Lirik: Tanzizi

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin kembali ke jalan yang benar dengan memohon doa kepadaNya agar di ampunkan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow.

Dianku Abadi
Lagu/Lirik: Afif

Lagu ini berkenaan dengan insan yang bergelar sebagai guru dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna, segala jasanya tak akan di lupa sampai bila2. Dari segi muziknya berentak sow & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Budaya Islam Wawasan Ummah
Lagu/Lirik: Mashitah Tumpang

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang penuh dengan kebudayaan dalam islam sebagai contoh mendidik umat mencintai al-quran & sebagainya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan sebaiknya.

Selamanya
Lagu/Lirik: Tanzizi

Lagu ini mengngatkan kita bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara & akhirat yang kekal selamanya, jadi selalulah buat amal kebajikan sebelum menuju ke alam sana. Dari segi muziknya berentak sederhana & sangat best.

Ucapan:

Tahniah buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment