Saturday, October 24, 2015

Daqmie - Maulaya

Tajuk: Maulaya
Artis: Daqmie
Tahun: 2013
Kandungan Lagu Dalam CD: 9 Track
Kualiti Album: *****5 bintang

Cover Album:

Warna yang di digunakan dalam cover ini iaitu warna biru seakan warna langit & warna kuning air, apabila ia digabungkan nampak sangat cantik di situ, di muka hadapan menggambarkan alam semesta yang sangat indah & di hiasi dengan adanya beiiau di situ. Ucapan penghargaan & nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini turut di sertakan, susukan lirik yang sanagt kemas & jelas untuk di lihat. Dari segi vokal yang di sampaikan oleh beiau sangatlah mantap dari awal mula hingga penghabisan lagu.

Kuaiti Keseuruhan agu: *****5 bintang





Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini mengajak kita semua untuk berselawat bersama bagi membuktikan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW, pada permulaannya beliau mengajak orasng ramai menggunakan bahasa dari Sarawak untuk selawat be-ramai2. Dari segi muziknya di selang selikan dengan rentak sederhana & sedikit slow menggunakan alat perkusi.

Maulaya
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga biasa kita dengar sebenarnya, namun ada kelainan yang beiau bawakan kerana ia mampu melontarkan suaranya dengan lebih tinggi lagi. Dari segi muziknya berentak sederhana & juga menggunakan alat perkusi.

La Ilaha Illa Allah
Lagu: Daqmie
Lirik: Copyright Control

Lagu ini mengajak kita semua untuk berzikir bersama, namun dari segi melodinya ada kelainan kerana itu hazsil ciptaannya sendiri. Dari segi muziknya berentak slow.

Tangis Sebatang Tamar
Lagu: Daqmie
Lirik: Ito Lara

Lagu ini memang tak di nafikan kerana ia sungguh bermakna buat semua yang mendengar dengan lontaran vokalnya yang sangat tinggi. Ia berkenaan dengan sebatang tamar yang menangis kerana merindui Rasulullah SAW yang telah lama meninggalkan dunia ini, namun dalam masa yang sama kita juga akan rasa betapa rindunya setelah baginda pergi buat selamanya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

7 Petala Cinta (feat Mohar)
Lagu/Lirik: Daqmie

Lagu ini sebenarnya menjadi sound track bagi filem 7 Petala Cinta yang mungkin ramai di kalangan anda semua pernah menontonnya. Dari segi muziknya beentak slow & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Asma Ul Husna
Lagu: Daqmie
Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga ada kelainan dari segi melodinya kerana ia berbeza dari yang sebeumnya. 99 nama Allah wajib kita ketahui & menghafalnya setiap masa. Dari segi muziknya sangat simple kerana hanya menggunakan gitar & rentaknya agak sederhana.

Ilahi Lastu Lil Firdaus
Lagu: Daqmie
Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga membawa kelainan dari segi melodinya, sebuah doa taubat yang sering kita hafal. Dari segi muziknya berentak slow & sangat berguna buat semua.

Kasih Abadi (feat Aznan Alias)
Lagu/Lirik: Abang Ku

Lagu ini berkenaan dengan kasih & cinta kita tehadap insan yang kita rindui sebenarnya. Dari segi muziknya berentak slow serta sangat best.

Qasidah Maulaya
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini hanya menggunakan vokal saja tanpa sebarang muzik, lirik ditengahnya berbahasa melayu & arab.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan buat semua kerana telah menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment