Thursday, October 22, 2015

Raqib Majid - Luahan Rasa

Tajuk: Luahan Rasa 
Artis: Raqib Majid 
Tahun: 2014 
Kandungan Lagu Dalam CD: 8 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada muka hadapan menggunakan warna hijau kebiruan & sangat cantik, kemudiannya dihiasi dengan gambar beliau juga di muka hadapan album tersebut. Di bahagian lirik pula menggunakan warna hitam & tulisan lirik menggunakan warna putih, ia sangat padan dengan ke-dua2 warna ini. Ucapan penghargaan dari beliau untuk semua, nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini juga susunan lirik yang sangat kemas turut mengiasi didalamnya. 



Pengenalan: 



Raqib Majid merupakan seorang artis yang berbakat besar dalam bidang seni suara, antaranya ialah, menyanyi, qasidah & sebagainya. Sepertimana yang di ketahui umum beliau pernah menyertai program realiti tv di astro pada tahun 2011, dari situlah beliau mula dikenali & beliau juga pernah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Melaka. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Kulluman 

Lagu/Lirik: Copyright Control 
Terjemahan: Bazli UNIC 


Sebuah qasidah yang sangat best, di selitkan dengan terjemahan dalam penghujung lagu tersebut, penghayatannya sangat mendalam. Dari segi muziknya berentak sedikit sow. 



Kembali 

Lirik: Habsah Hassan 
Lagu: Sham Kamikaze 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ter-cari2 jalan untuk kembali kerana telah banyak kali tersasar dalam kealpaan duniawi, lantas dia terus memohon kepadaNya agar dirinya dapat kembali ke jalan yang benar sebelum ia pergi buat selamanya. Dari segi muziknya berentak slow & sangat menyentuh bila dihayati. 



Luahan Rasa (Akustik) 

Lagu/Lirik: Raqib Majid 


Lagu ini berkenaan luahan hati seorang hamba kepadaNya agar dapat menemukan cinta bersamanya. Dari segi muziknya sangat simple.  



Mungkinkah 

Lagu/Lirik: Raqib Majid 


Lagu ini berkenaan dengan cinta kepada Allah, dalam masa yang sama kita kena fikir adakah sempat untuk kita esok hari. Dari segi muziknya berentak sederhana & dapat dihayati dengan sebaiknya,.



Bintang Syurga (feat. UNIC) 

Lirik: Ustaz Pahrol Md Juoi 
Lagu: Bazli UNIC 


Lagu sangat menyentuh hati & perasaan kerana ia berkenaan dengan pejuang2 yang telah syahid demi mempertahankan islam, Dari segi muziknya berentak slow & hanyamenggunakan piano saja. 



Hanya Dia 

Lagu: Raqib Majid 
Lirik: Qash Irdina 


Lagu ini berkenaan dengan cinta & rindu pada penciptaNya kerana dialah segalanya dalam kehidupan. Dari segi muziknya berentak sow



Luahan Rasa 

Lagu/Lirik: Raqib Majid 


Lagu ini berkenaan luahan hati seorang hamba kepadaNya agar dapat menemukan cinta bersamanya. Dari segi muziknya berentak slow & membawakan versi penuh. 



Bintang Syurga (minus one) 



Lagu ini juga terdapat dalam bentuk minus one & memudahkan untuk anda semua menyanyikan semula dalam versi sendiri. 



Ucapan: 



Tahniah di ucapkan pada semua yang telah meneritkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment