Thursday, October 22, 2015

Hijjaz - Pelita Hidup III

Album: Pelita Hidup III 
Artis:: Hijjaz 
Tahun: 2004 
Kandungan Lagu Dalam Album: 14 Track 
Kualiti Album: *****5 bintang 


Cover Album: 



Warna pada cover album ini tersangatlah klasik kerana menggunakan warna coklat sebagai latar belang & sangat sesuai dengan lagu2 yang terkandung dalam album ini kebanyakannya lagu2 lama yang mengimbau nostalgia buat pendengar2 terutama yang meminati nasyid2 lama, ucapan penghargaan buat semua, ucapan dari setiap ahli kumpulan juga nama2 yang terlibat dalam menjayakan album ini tak terkecuali sebenarnya serta album terdapat dalam bentuk CD audio, kaset & MTV karaoke. 



Kualiti Keseluruhan Lagu: *****5 bintang 








Hukum Tuhan 

Lagu.Lirik: Copyright Control 


Lagu ini berkenaan dengan perintah & suruhanNya seperti berbuat baik kepada sesiapa saja, lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan El-Suraya. Dari segi muziknya berentak sedehana & sangat berguna pada semua. 



Ayat Al-Quran 



Bacaan yang di alunkan beserta dengan maknanya. 



Rimbun Keampunan 

Lagu: Putra Aiman 
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan insan yang arahnya tak ketahuan ingin ke mana sebenarnya, namun bila ia tersedar barulah memohon keampunan kepadaNya agar di ampunkan dosa2nya yang lalu. Dari segi muziknya berentak slow & sangat bagus buat semua yang mendengarnya. 



Zikir 1 



Alunan zikir yang sangat bagus untuk semua. 



Ridha Al-Walidaini 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu lama yang berbahasa arab, lagu ini berkenaan dengan keredhaan kedua ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada anak2nya dari lahir hingga saat ini. Dari segi muziknya berenta rancak. 



Ayat Al-Quran 2 



Bacaan yang di alunkan juga disertakan maknanya sekali. 



Renungkanlah 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Sebuah lagu lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan As-Salam, lagu ini mengajak kita untuk renung kembali semua alam ciptaanNya didunia ini. Dari segi muziknya berentak sederhana & rancak serta sangat best. 



Al-Hadith 



Hadith yang di sampaikan sangat berguna buat semua. 



Pepatah Pujangga 

Lagu/Lirik: Copyright Control 


Lagu ini juga sebenarnya lagu lama juga, ia berkenaan dengan kehidupan dunia yang sementara, banyak pengajaran yang boleh di ambil menerusi lagu ini. Dari segi muziknya berentak sederhana 



Kawan 

Lagu/Lirik: Copyright Control  


Lagu ini pernah di popularkan oleh kumpulan The Zikr suatu ketika duu, lagu ini berkenaan dengan pengajaran kepada semua dalam mencari kawan baik, kita kena tahu kawan yang kita pilh akan bersama atau sebaliknya. Dari segi muziknya berentak slow & dapat dihayati dengan baik.  



Al-Hadith



Bacaan hadith yang ke 2 juga sangat berguna pada semua. 



Setulus Doa

Lagu/Lirik: Abai Os 


Lagu ini berkenaan dengan pengharapan & keampunan padaNya agar di ampunkan dosa2 yang lalu. Dari segi muziknya berentak sederhana serta dapat dihayati dengan baik. 



Zikir 2



Alunan zikir yang kedua ini juga sangat bagus buat semua & di iringi dengan bunyi piano didalam zikir tersebut yang berentak slow.



Ke Dalam Diri 

Lagu: Manis Helma
Lirik: Ito Lara 


Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang ingin kembali ke jalan yang sebenarnya & di ampunkan segaa dosa2nya  yang lalu. Dari segi muziknya berentak sederhana & ancak. 



Ucapan:



Tahniah buat semua kerana telah berjaya menerbitkan album ini dengan jayanya & teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

0 comments:

Post a Comment